Wednesday, June 29, 2011

Aloneeeee

Being alone won't kill you...It gives you peace and time to yourself...


tak perlu kata apa-apa

hye all...good morning!

pepagi lg dah gatai tangan nak menaip. ngantuks..tu yg nk kasi sikit power utk hari ni.
ape yg perlu kita bebelkan disini?oh tak perlu membebel, cume senyum dan pasti permulaan hari anda akan ade bunga2 indah! insyaAllah....



teringat kat lagu najwa. SENYUM...suke dgn arrangement music and the lyrics. ~bila semua orang senyum...dunia tiada penyakit~senyum...tak perlu kata apa-apa!~

betul kan...dengan ekspression muka sahaja, cukup untuk orang yang pandai menilai KENAL siapa kita. ikhlas kah kita, busuk hati kah kita, mengada-ngada kah kita, manja kah kita, atau bijak pandai kah kita. owh...itu hanya untuk org yang PANDAI MENILAI sahaja. kerana AWAS!....ramai kat luar sana bijak juga LAKONAN dan SANDIWARA nyer kan.

aduhhh....bahayanyer dunia. sudah namanyer manusia.penuh muslihat dan motif2 yang tertentu. yang penting, ikhlaskan hari anda menjalani kehidupan yg penuh pancaroba! yepss....dengan pengalaman dan pemerhatian, nilailah sesiapa disekeliling anda dengan bijaksana.

sempena hari Israk Mijraj, peristiwa Rasulullah diangkat kelangit maka terpatrilah tanggungjawab kita umat manusia untuk menunaikan solat 5 waktu! ya Rasulullah...aku rindu padamu. istiqamahkan hatiku dalam melaksanakan amanahku, tugas sebagai hamba kepada Ya Rabbi.


ok zassss..................sambung keje sambil mulut makan keropok warna warni. lupe nama ape...hihi.wink2!

love!!

Tuesday, June 28, 2011

mee goreng air bandung

assalammualaikum semua...
.mendung je cuaca hari ni...sejuk...

 hari ni sibuk saya luar biasa.kenapa..semalam saya ambil cuti...hari ni masuk ofice almost 12pm. adui, serius mata ni dah tak tertahan nak mengadap komputer without screen protection. bos..klu kedekut sgt nak beli kan utk komputer aku nih...nampak gayanyer aku kene kuar bajet beli sendiri la.huhu...

last saturday aku buat training utk workers.entah hangin puting beliung ape yg dtg..aku membebel pulak kat dorang. geram sungguh bile kita tgh bercakap kat depan dok ade yg main2 kat belakang. bg soalan xreti pulak nak menjawab. last2 dok ligat membebel kat depan, ligat gak otak aku pk cmne nk buat evaluation.hah...amek kau...sorang2 kene jumpe aku jawab soalan start mnggu ni lah.mengadapla korang muke aku ni...huuhuu.

hari sabtu itu penuh emosi. entah..malam pulak boleh aku menangis mcm budak2 yg tak dapat choki2.hehe..nak tau kenapa, sbb ade org ejek2 aku, sebabnya mak ngan adik2 aku tak amik pun aku kt rumah nak pegi kenduri rumah pak njang.kete aku dahla dorang gune. aku sampai rumah dalam kul 4 tapi smpi kul9 dorang tak balik2.hampesss...mak kata kejap je, tak payah datang pun xpe!!! ade ke patut mak gelak je kat aku ckp aku mcm budak2...sikit2 nak sensitif. 

aku pun sebenarnyer pelik kenapa aku asik nak emo je aritu....

hari ahad g kenduri rumah mak timah ngan mai. 

haaa..knp tajuk entry aku mee goreng ngan air bandung? bukan aku g kenduri makan mee goreng atau ade air bandung,,xd pun. tp aku tersentuh bila dia sediakan untuk aku hasil dr kreativiti dia mencampak2 segala mcm sos dan perisa yang dibenarkan lalu terhasil lah mee goreng utk kami.air bandung tu pulak mmg dh jadi trade mark dia kot utk aku.kalau nak suruh aku lah buat air yg ade susu nih mmg xdapatlah....kenapa...sebab aku xminum susu.jd mmg xpandai nak buat air yg ade susu2 nih...thanks kamu=)

Friday, June 24, 2011

An-Nisa'>>>>>

Wahai Kaum Hawa, Kita cuma An-Nisaa. Para pendosa yg terbyk di neraka. Lantas walau tak setabah para Mujahidah Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dgn agama yg memelihara krn padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pd nafsu dunia yg menyeksa Krn padanya ada bahagia!
wanita CANTIK:
=melukis kekuatan melalui masalahnya
=tersenyum di saat tertekan
=tertawa di saat hati sedang menangis
=tabah di saat terhina
=mempersona kerana memaafkan
=mengasihi tanpa meminta belas
=bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..
 
**************************************************
ya Allah...ku mohon agar keberkatan Jumaat pada kali ini memberi sinar baru dlm kehidupan aku..Kau berikan aku limpahan kekayaan kasih sayang tulus utk aku istiqamah memegang jalan ini. Terima kasih memberiku peluang untuk sekali lagi aku bernafas dalam cinta. Aku juga mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hubunganku. aminn.....
 
 
 
 
 

Wednesday, June 22, 2011

Riang Ria AYB!!!

Assalammualaikum....selamat petang!!

hah...da ptg ni baru muai terhegeh2 nak update blog. keletihan hari ini kerana kekurangan tidur dan perlu buat-buat fokus pade kerjaya! (uhuk uhuk**) dlm otak ni sangat serabut laa....planning mid year semua terabur nih. banyak yg pending. 2 ari lepas bos komplen aku la. hampagasssss* esoknyer terus aku halfday.opsssss....hikhik...

ada makan-makan kat ofice, utk birthday and utk workers yg akn menamatkan kerjaya cemerlang di ayambest!!*uhhh...cemerlang ke. btw, utk adik kacak yg bakal terbang ke kampung halaman...wish u the best of luck! kau jangan nakal2 bah..nanti takda orang mau sama kau.hikhikhik...

ok..layan gbr jap...

wahai hafiz...hope we can meet you again!!! (dulu mule2 dia dtg degilnyer..tp bile dah lama2, dah pandai wat keje..he is the best! rajin walaupun mulut tu ade je nak cakap.lepas tu klu meting ke training dia lah org yg paling lambat berkumpul.konon2!..huhu) bikin muai geram sama ini budak...hoho.







sebahagian gbr yg dapat dipublish. hari ni muke tak siap sikit...heehee...so malas sgt nk bergambar bagai. inilah famili dlm kerjaya aku. pekerja-pekerja yg menjadi tulang belakang ayambest yg sememangnyer dekat dihati aku selalu. 

korang tgklah betapa gile kuasanyer aku kan.haha...aku senang utk tidak membeza-bezakan siapa aku dan mereka. ada ilmu aku yg dikongsi bersama mereka...dan yg pasti selama 2thn aku disini, terlalu banyak pengalaman mereka yang dapat aku belajar.thanks you all!


Saturday, June 18, 2011

baby...

'Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima'..
***********************************
mizzmuai mencintai dunianya kini.....dia sibuk dengan rutin memasak yang dia mmg suke! dan hobi baru.....suke nak membaking!!!! alhamdulillah...baru selesai kelas aneka tart, tp sedeynyer tak buat2 lagi. aku ni suke sgt makan tart. bile dah pandai buat sendiri nih rasa sgt puas dan berbangga la jugak dgn diri sendiri..uhhuuuu...
ape yg seronok bile aku masak bawak kt ofice...suke tgk org makan. walaupun honest to say..aku bukan lah pakar memasak. skang ni baru nak asah skill balik. naseb badan la sape yg kene rasa muai masak ye..hihi. kdg2 termasin..tertawar...termasam...apepun...asal jadik dan boleh di "ngap".hahaha

nak sambung keje dah....balik ni ingtkan nak buat kuih apam!!!!

muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! love u.

Friday, June 17, 2011

Kau MengiNgatkan aKu Kesah iTu


Kisah itu kita simpan, supaya satu ketika ia menjadi  ingatan pabila dirimu memandang BULAN dan panaroma indah tatkala memandang ke bumi TEMASEK...

***********************************************************************************

Tuesday, June 14, 2011

Muai Takkan Marah...

Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati dari menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang.

Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.

Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.

Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup berumah tangga, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar

Sabda Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)