Wednesday, July 27, 2011

Nilai Seorang Suami..


Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja
dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat
tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee ( tak peduli ),
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT .
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami, dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
Terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami, dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah SAW. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

terharu membaca penulisan di atas. aku biasenyer tidak suke untuk copy paste mane2 hasil karya org lain. tetapi terima kasih untuk En Amir Hamzah. aku bace ini dari facebook beliau. dan terpanggil utk letak di dalam blog aku. sebagai ingatan berguna bila aku menukar status dari cik kepada puan....


Tuesday, July 26, 2011

Jantan SundaL keje Menipu Duit perempuan

bismillahirrahmannirrahim...

kadang-kadang bila aku bagi peluang pada orang dgn harapan org itu akan berubah atau memberi masa untuk menjelaskan hutang pada aku...kenapa lah bodoh sangat tak menggunakan peluang itu sebaiknya.

aku geram...bukan aku punya hati yang jahat dan dendam. aku sudah redha dgn nasib aku yg ditipu oleh seorang lelaki yang bernama yusri bin wahi. ade di entry aku sebelum ini. tapi..hutang dia masih lagi sesen pun dia tak bayar. tak mungkin dia lupa sebab jumlah semuanya lebih 10k dalam masa setahun.

setiap kali mesej dia kata dia akan bayar. aku pending repot polis semata-mata aku pegang pada janji dia. end of february dia akan bayar. sele[as itu, sebulan demi sebulan dia kata dia akan bayar. kenapa dengan jantan ni? lupeke dia bila dia merayu2 mintak duit. tak cukup lagi ke dengan dia menipu duit insurans aku...

kadang2 kesabaran manusia berada pada tahap yang diluar kawal. aku diam...aku fikir...berdosakah aku untuk emnuntut hak aku. Demi Allah..aku bersumpah atas nama Mu ya Tuhan,...aku menuntut segala sesen yang dia pernah guna. Hanya Kau yg tau susah payah aku bekerja cari duit. apa yangs sedih..duit emak pun ade.

kenapa jantan ni tak de inisiatif nak bayar balik hutang dia? tak terpikir ke dia mayat tergantung antara langit dan bumi bila ade hutang yang tidak dia langsaikan. tidak cukupkah penipuan yg dia lakukan. Ya Allah,...hanya Kau yg boleh membalas, Kau hukumlah dengan seberat2 hukuman,aminnn

ahhhh...dia sendiri cetek iman. mane dia kenal erti hukum. mane dia takut dengan balasan Allah kelak. tp perlu ingt...doa org yg dianiaya selalu termakbul. hurmm...ape dia kesah? sebab dia sendiri tak kenal Tuhan. mungkin balasan didunia belum sampai ekpada dia.peluang yg diberi supaya tolong bayar sikit2 hutang dia pada aku tiap2 bulan pun sia2 macam tu je. kenapalah.....

rasa menyesal jugak aku memberi peluang. tapi aku harus berjuang, itu hak aku...sampai kelubang cacing aku akan tuntut! ini bukan dendam,. tetapi perjuangan untuk menuntut apa yang sepatutnya kembali pada aku. orang sarawak memang bodoh.penan ni asal orang sarawak dia sendiri yg menjatuhkan imej orang sarawak. maaf klu aku terlalu emosi. berhati-hati dengan pemilik nama Yusri Bin Wahi. gambar lelaki ini sila roll di entry aku yg lepas. dia penipu besar perempuan,,hidup atas duit perempuan. mulut manis kalah gula. berhati-hati dengan jenayah penipuan.

aku harap sangat2 segala hutang dia setel tahun ni. sebab aku benci nk ingt ape yg dh berlaku! lagi cepat dia setelkan lg cepat kau berambus.

Monday, July 25, 2011

aku sudah matang!

"Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi. Wanita matang tidak akan membiarkan diri larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya. Sesungguhnya kebahagiaan itu hadir setelah kesusahan."



Saturday, July 23, 2011

Ramadhan dan Senaskhah Al-Quran...

assalammualaikum dan salam hujung minggu...

lg seminggu kita akan bertemu dgn bulan mulia..bulan suci Ramadhan. bulan penuh kenikmatan beribadat.insyaallah.aku cube utuk menunaikan solat terawikh nampaknye kali ini tempat masih sama seperti tahun lepas..Masjid Al Ansar. ohh..pasti aku jumpe makcik nanti=)

dlm bulan ini, aku pasti penuh cerita.dari kecik hingga dewasa...ramadhan selalu dinanti. kenangan bangun sahur masa kecik2..berbuka...bersama kawan2 masa di asrama, diuniversiti...dan bila sudah kerja pun..semua tu ade meninggalkan cerita. 

jom kita bersama-sama tingkatkan amalan...aku insyaallah cube untuk lebih mengkaji al-quran...membaca dan memahami. jujurnya, Tafsir Al-Quran pemberian si dia belum lagi habis aku khatam. azam aku..sebelum aku sah menjadi milik dia, aku cube khatamkan Al-Quran, bukan sekadar membaca..tapi cube aku fahamkan. itu niat dia...sebab itu dia hadiahkan aku senaskah tafsir Al-Quran itu. mudah2n ganjaran pahala dapat pada kita semua.aminn....

malu untuk menulis panjang berkenaan agama...kerana iman aku masih belum mempunyai tiang yg kuat. aku harapkan orang2 sekeliling aku tidak jemu menasihati..sentiasa ingtkan aku bahawa kita semua ini hambaNya yg perlu berusaha mendapat keberkatan hidup dunia akhrat..bukan hanya terbuai dgn nikmat dunia semata-mata.

okkeeyyy...salam ramadhan untuk semua!!! jgn lupe ganti puasa!!!!=)

Thursday, July 21, 2011

kenapa begini?

Sebaris SenYum TaWar

hari ini aku mengukir senyum
orang lihat aku
orang senang sekali
kerana seperti biasa 
aku datang dengan senyuman

jujur di sini
aku senyum pada mereka
ikhlas sekali...insyaallah

namun
org tiada tahu
hatiku perit memendam duka
aku senyum hakikatnya
cuma....
sebaris senyum tawar

aku
masih berdiri
aku
malu
kerana aku tipu diri sendiri
aku tidak jujur dgn perasaan

keikhlasan memberi senyuman itu
aku harap jd kekuatan utk aku hariini
walau hati kata aku perlu menangis
namun aku rasa
tidak perlu

sekurang-kurangnya
aku menyenangkan hati orang memandang aku
bukan hipokrit
tidak...
tapi aku tidak perlu bercerita semuanya

Wednesday, July 20, 2011

demam bola

hishhh...bosanla aku dgn blog aku nih...sebab aku xdpt nk letak gbr aku. biaselah..hp murah. aku ingt nk tukar hp baru la bulan ni. tp tak kesampaian lg hajat aku. hp yg bole aku snap pict yg cantik or xsemestinya cntik...tp yg penting aku leh put in sekali gbr dgn mudah setiap kali aku buat entry kesah hidup aku. baru best..aku yg nk tgok pun xjemu ade gambar2. 

cakap pasal bola..aku ni bukan lah kaki bola gila2. tp dlm banyak2 sukan, aku suka tgk bola! tambah2 mak ngan adik2 aku mmg kaki bola. ayah....?? hehe...ayah xpun. sikit2 je dia tau. uhhh...yg jd aku bertambah jauh dgn bola bila si dia mmg tak heran pun pasal bola. contoh mcm world cup baru2 ni, aku xtgk pun setiap match..klu aku balik rumah brulah tgk siaran ulangan kt astro tu. 

cuma bila team malaysia skang ni dh mula bangkit, aku mmg betul2 nak tgok. liverpool aritu aku dpt tgk. heyy..bg aku, skuad kita bermain cemerlang hokeyyy! chelsea esok...apepun aku mesti tonton!! aku tak nak miss...untuk match hari sabtu ni utk penentuan masuk dgn singapore pun antara wajib tonton yg ade dlm list aku. 

dah xsabar nih..............simpan suara dan ekspresi wajah.opsss....=)

hawa and muai

td aku mkn mee maggie..nak isi perut sbb pg td xsempt breakfast. lunch pulak malas nk kuar. lelapkan mata kat surau. 

cerita psl mlm td, aku jumpe kwn lama aku since kami sekolah teknik kat rembau, and masuk satu U di shah alam. nurul hawa othman..dulu mse aku form 4 aku dok sebelah dia. teringat mase subjek sejarah..dia suka tido dlm kelas dgn selambenyer.hehe.aku kesian ngan cikgu kt depan tu...sbab klu kelas dia mmg semua akan tersungkur layu. aku? bukanlah nk kata aku rajin ke hape...tp sebab kesian, aku tahan kan mata tgk dia. klu tak silap nama cikgu tu cikgu saadiah. mmg tersengguk2 lah kepala...=)

banyak betul kenangn tercipta antara kami. kerana aku dan dia berada di sekitar kawasan yg sama ketika itu. huh...percintaan zaman sekolah aku pasti jd isu hangat tiap kali bertemu. haha...

hawa baru memulakan kerjaya dan dia ade training disini dgn 4 org lg kwn dia. mcm biase, peneman jiwa ragaku yg sentiasa disisi dan setia ikut aku ke sane sini juga ada, kami bawa mereka makan ns beryani house kat belakang plaza angsana. lapar betul dorang...pinggan licin. aku smpi kene tegur sbb tak henti2 mulut bercerita itu ini smpi ns beryani gam kambing aku baru luak separuh. bila dh kene tegur..malulah aku, decide stop jela makan.  

lpas tu sambung borak kat danga bay...sedar2 jam 10.30 mlm..masa utk pulang. sbbnyer peneman aku pun penat dr tdi belum rehat. hawa n kawan2 pun bru smpi dr melaka...aku pulak mata mmg agak berat je...

perjumpaan setelah hampir 5 thn berakhir..entah bile dpt bertemu balik memandangkan kesibukan kami. yg pasti klu aku kawen hawa and famili wajib datang!!

aku pulang semula ketempat perjumpaan kami, kwsan parking mamak di perling.........mata sudah berat. jawapannyer tidur!!!

Kau Setia Tak?

mulut kau kata kau setia. mulut kau kata kau sayang. mulut kau kata kau cinta.mulut kau kata kau rindu. mulut kau kata itu ini....

kau setia tak? aku tanya nih....jawab lahhhhh!!!....aku nak tau sebab...................

sebab cinta itu ada rasa menakluki. kau mahu jdi raja kan? jadi izinkan aku jd permaisuri yang paling bahagia. sebab kau akan jadi raja yang paling bahagia. itukan janjiku...akan selalu membahagiakan raja di hatiku...raja di dalam kehidupanku.

setia tu penting...sebab ape? aku tau kau tau...semua org tau. tapi biasala kannn..ade yang nakal-nakal sikit. ooohhhh...sikit je..tak banyak. tak jadi hal asalkan aku sayang kau kan. itu selalu aku dgr.. iye...aku tau kau sayang aku. aku pun kan sayang kau. 

sama-sama setia kan indah...kau akn ade aku dimane saja...dan aku juga ada kau kemane saje!!!

sekian...terima kasih, i love you!!!

Tuesday, July 19, 2011

probbbllleeeemmmmaaaa

sedang duduk di meja ofice...sorang makcik mengeluh. haishhh...cmnelah muai, ingtkan masalah dah selesai, tapi ade lagi..sebelum tu aku dgr dia dok mengeluh2 berkenaan masalah famili yg ditanggung dia. aku diam...kesian.

aku cume bersuara. makcik..biaselah, semua kita ade sahaja masalah. insyaallah akan ada jalan dan dipermudahkan. aku noktah kan perbualan. selepas itu, bermcm2 pula cadangan dr yg lain yg ada disitu. ada yg melahirkan simpati pade makcik td yg sentiasa dirundung kepiluan. terkeluar ayat dari cik bibah...diluah mati emak..ditelan mati bapak. 

aku terus memakukan diri mengadap kertas2 yg perlu disemak. tahukah makcik itu aku juga punya masalah? dan bukan hanya aku...orang lain juga! semua kita hidup untuk mencari jalan penyelesaian masalah. macam kita dapat soalan matematik...susah mane pun cara kerja, insyaallah berhasil jika ikut peraturan pengiraan.

cumanya bagi aku, masalah yg berkunjung tiba memberikan aku catatan pengalaman yg turun naik graf nya jika di matematik kan. menarik bukan...kadang2 smpi senget ku rasa otak utk menampung saratnya pengisian minda yg tak berhenti memikir dan mentafsir. dan selalu juga aku salah tafsiran....uuuhhhh...itu yg sukar!

entry ini aku tulis untuk aku sendiri. supaya diri aku ter motivasi dgn semua masalah atau perkara2 yang datang tanpa diundang. tentang cerita yang tidak dapat ku halang. supaya aku tidak terus berhenti di perhentian terakhir dan menyesali keputusan yg sudah terpatri. aku tidak mahu menyesal kemudian...


jam 3 pagi..

pagi2 lg aku bergegas utk ke tempat kerja.
sejujurnya, mlm td tidurku tiada lena. aku asik terbangun2 dgn kepanasan suhu bilik walau kipas berputar ligat.
perut pulak seperti tidak sedap...aku kira mau melepas hajat..tp 2 kali masuk toilet..hampa.
aku pergi ke katil bergolek2 mcm sotong. knpa mata msih xmau lelap..mungkinkah kerana aku terasa hati dgn sikapnya.

jam 3 pagi aku turun bawah. aku lihat komputer riba terpasang...aku on9 seketika. mata masih memaksa utk tidak tidur sedang badan ku perlukan rehat utk aku menyambung rutin harian seperti biasa...
uhhhhh...aku geram dgn situasi ini. aku dikejutkan dgn sesuatu.tika itu jam 3.25 pg selepas aku pandang screen laptop. aku seperti lihat ade sesuatu menenung aku.perempuan..............

dulu aku ade bercerita kpd dia yg aku dikejutkan dgn perempuan2 seperti hendak membangunkan aku. aku juga mengalami lebam2 di peha tetapi selepas itu, tiada pulak semua itu mncul. perasaan aku...tiada takut. alhamdulillah...aku ingt nak smbung bce berkenaan solat istikharah dan ingin merajinkan diri yg xberapa rajin sgt utk sujud kepada Yang Maha Kuasa. hurmm....impian hanya berkubur saje.

bila aku naik ke atas...kenapa aku keresahan. emosi aku juga skang kurag menentu.aku sgt2 cepat terasa. tidak mcm dulu..aku tahan dgn tohmahan, aku kebal dgn cacian, aku tak gentar pade penghinaan. aku tida kisah pade gurauan...arghhh....perut pulak berkeroncong minta di isi.

rase menyesal bila tidak mkn mlm tdi. ptg aku hanya mkn jemput2 bawang. aku turun semula, entah..aku seperti dgr ade sesuatu. tapi...aku biarkan.mencari2 mknn didapur. tiada dan hampa...aku naik smeula ke atas smbil berdoa kira2 mataku faham isi hatiku. sedikit resah...lapar dan terasa hati. aku ingin lena yg tenteram....aduhai mata!

jam 4.30 pgi aku segera ke bilik air.mandi2 dan bersiap.aku gosok baju dan tudug....tetapi sekali lgi kecewa.tiada kisah aku kelaparan dan keresahan..pade siapa aku mau bercerita. sedikit aku buka mulut, tidak pernah disambut riang sebaliknya......hurmmmm....sedari mlm aku terpk2 apa silapnya.mungkin sudah keterbiasaan lantas menjadi satu beban yg membosankan...

aku lipat kain yg berlonggok 2 bakul...kemas pula almari. knp hatiku ade saje yg tak kena. selesai semua...aku tutup lampu dan baring semula. hp berbunyik..alarm jam 5 pagi. aduiii...mata lelaplah sebelum aku memandu ketepat kerja. duhai perut...sabar ye...aku isi kau dgn sarapanku nanti.

aku sedih...aku tetap terasa...mungkin kerana sikap aku yg terlalu nk ambil tau hingga menyakitan hati aku.

sekarang aku kat umh sewa. dtg ofice lambat sbb jalan jammed teruk.terus aku msgs bos...aku masuk hafday jela senang.

kesusahan aku tiada siapa mahu ambil peduli....bodohkah aku. AKU BERHAK DILAYAN SEMPURNA.

Monday, July 18, 2011

tersentap dalam bahagia

baru semalam aku senyum...
baru semalam aku duduk bersama dia dan keluargaku...
aku lihat dia..dan kami senyum. 
berpandangan bahagia.
mak dan ayah lihat dia...mereka melirik. bahagia
adik dan embam tidak lepas seinci pun memandang...sambil berbisik, juga bahagia.

dari cahaya yg terbias dari mata semua mereka....
aku bahagia....
sepanjang pulang mulut si kepoh adik bongsu memuji2 kepandaian dia memilih konsep simple and trendy utk interior rumah
embam pulak usik aku dia siap letak lilin tu kakngah!! dia senyum je kan. abes merah2 muka.
emak mcm biase...dia suka sibujang yang rajin masak...tentunya set pinggan mangkuk lebih jd perhatian emak!!
ayah....pandai dia buat air.

balik singgah rumah cik ani di kulai.....tersambung la lagi cerita-cerita itu. emak turunkan durian 2 biji utk cik ani, buah rambutan n mata kucing.
masing-masing sume excited dgn cerita prjalanan tadi
sesekali mengusik kereta unser yg dilawat kejap...kami ketawa besar bile mak ckp skang unser masuk specialist, nk kene botox ngan vitamin c dulu baru leh kuar dgn bergaya.

cik ani seperti tenggelam dgn cerita mereka. 
dia ingin turut serta utk next visit
alasan dia saje nk jenjalan

aku??
bangga dgn dia
mampu melayan seisi famili dgn sempurna
tidak lekang senyuman
berkerut dia ptg itu bila aku tunjuk baju yg aku pakai
dia lupe janji!!!

lps maghrib aku lihat perubahan
kali ini betul..dia melakukan pembetulan
pepsi+coca cola
pandangan kami bersatu 
dalam debar di depan famili aku
seperti biasa dia tetap dgn senyuman
dan aku bahagia melihat senyuman itu

hari ini
aku sedikit tersentap perasaan
aku sedikit hampa
selepas aku mengumpul kekuatan dlm kepayahan

aku bukan sempurna dan aku sedar itu........
tidak mahu aku bicara lanjut tetapi kenapa..
aku harap cuaca elok hingga ke petang
mendung datang membawa khabar
hujan menitis lagi
laju tapi tiada sendu

hujan kali ini bersama kekuatan.............................

ya Rabbi...aku tiada daya untuk mengubah takdir selepas aku berusaha menjadi yang terbaik, selepas aku cuba untuk membetulkan silap, selepas aku redha dgn segala yang berlaku. jika tiada semangat ku untuk berdiri, jika tiada kudratku untuk bertahan, Kau pinjamkan aku kekuatan supaya aku tidak goyah dengan angin dugaan.aminnn.....


Sunday, July 17, 2011

selamat tinggal kenangan

salam ahad yang boleh tahan panas jugak kat tempat aku ni

kawan aku msgs ak tadi...suruh aku bace sesuatu.hurmmmm....entahlah,sudah lama aku tidak mahu tahu apa-apa. aku mahu hidup dengan nafas baru dan kehidupan baru.

kini aku faham dan mengerti........bukan semua kita ikhlas untuk mendengar. ada agenda disebalik pendengaran. dalam saat kita memerlukan tangan untuk berpaut...memerlukan bahu untuk bersandar, memerlukan kekuatan untk terus bangkit dengan senyuman. saat itu selalunya emosi melebihi akal yang waras. aku luahkan segalanya kerana aku cukup mengaguminya. aku yakin dia bukan seperti manusia lain yg selalu ingin mengambil kesempatan dan hanya mahu memalukan manusia lain. aku yakin itu! 

aku lupa untuk melihat rentak dan sejarah silam seseorang. ade org bilang, kenapa aku perlu bersekongkol dengan manusia yang puas megutuk kau muai! mereka tidak tahu jalan cerita! jadi jangan pandai mahu tanya kenapa. sedang aku...selalu ikhlas dan naif....sebab itu aku mudah tersungkur. orang baik dengan aku sekali...sejuta kali aku baik dengan mereka.

aku yakin dengan janji itu untuk tidak memberitahu sesiapa.aku yakin dengan sumpah ketika saat itu untuk jangan membuka cerita.aku lupa yang sebenarnya melayu mudah lupa.....

kita akan ada hidup masing-masing, perjalanan tidak jauh lagi kerana masa berjalan pantas. entah esok lusa aku akan dipanggil menghadap Ilahi. justeru aku tiada dendam. sebab itu jugak aku kembali menerima dia hadir dalam hidup aku selepas kesakitan dan penderitaan yang aku terima. alhamdulillah...kalau kita ingin berubah untuk bercinta dan menghalalkan hubungan yang ada, semua akan jadi lebih mudah. rezeki juga melimpah ruah...terima kasih Allah.

aku bahagia dengan keluarga dan kehidupan aku kini......

Saturday, July 16, 2011

Titian Kaseh Tercipta..2

pssstt...pssssttt....

tiada apa-apa mahu cerita panjang. cumanya ialah syukur syukur syukur pada Tuhan semesta alam ini yang memberikan hidup untuk aku masih berdiri dan melakar hari! 

aku mengenali alam melalui perjalanan...aku mengenali manusia melalui perhubungan aku mengenali blog ini melalui perasaan. teringat ketika aku mula-mula terpanggil untuk memasuki kelompok ini. kelompok yang penuh cerita kehidupan.

FOR THE REST OF MY LIFE....

tika saat itu aku celaru dan keliru sangat dengan permainan perasaan manusia. terlalu banyak cerita terlalu banyak muslihat terlalu banyak kesamaran. pada siapa tempat mengadu selain Yang Maha Esa. betapa aku sungguh tertekan kalau tak silap aku mase tu aku masih lagi sepatutnya "under full supervising". dalam mase kesakitan yang kejap datang dan pergi aku gagahi JIWA perempuan aku untuk terus berdiri.

Tiada Siapa Faham dan Mengerti...............................

kerana aku yang melalui saat itu...kerana aku yang merasa kesakitan itu. ade aku menulis betapa aku memeluk erat tubuh mak bila dia melihat aku lemah bagai tiada daya untuk hidup. Ya Rabbi...kasih Emak mmg tiada berpenghujung. 

Menerima aku Apa Adanya

buruk baik aku...nakal dan degil nyer aku...Emak tetap terima aku. sakit aku..ketawa aku..bila aku pulang emak akan terus setia memimpin tangan aku. emak yang tak pernah luntur doa nya kepada aku.

Tersentuh

aku sangat tersentuh hati bila aku pulang. laju-laju emak lihat muka aku. subur betul jiwa emak dengan kaseh sayang...harum wangi rasa kasih emak melihat aku tersenyum...

katanya...................
eka cakap eka sakit. muke bengkak sebelah sampai nak cakap pun susah, nak senyum pun tak boleh. cepat emak solat, tadah tangan berdoa dari jauh...emak baca selawat...bayangkan muka eka kat depan emak. emak tiup kat tempat pipi eka sakit.  tiap kali solat emak buat bende yang sama...bayangkan eka, selawat dan tiup perlahan-lahan.

syahdu gile aku mase tu...cepat-cepat aku cium-cium emak. cakap terima kaseh...aku cakap kat emak...ni agaknye bukan sebab doktor tu punye ubat bengkak kat pipi ni surut emak, tapi mesti sebab doa mak tu! (tambah-tambah mak mmg paling risau aku sakit sebab aku anak dia yang paling takut makan ubat, tak minum susu, aku selalu cakap nak mati cepat sebab aku tak sanggup nak tengok mak pergi dulu!!!!)

tiba-tiba aku rasa bersalah pulak mengadu macam-macam kat emak. aduii...dah mulut ni laju je nak pot pet pot pet ngan mak. tak sangka emak cukup risau dengan kesihatan aku.kesiannya emak...rasa bersalah pulak susahkan hati emak dari jauh. eka sayang emak!!


Malam tadi..........

tiba-tiba kasih emak dan ayah pada aku itu muncul. aku sebenarnye cukup takut kalau org nak bagi aku susu.percaya atau tak...aku mmg tak pernah minum yogurt ke, vitagen la..yakult la...haaa...memang mintak jauhkan la.walaupun orang kata tak rasa susu!!!! dulu dapat susu free kt sekolah aku bagi kat kawan2. kat unversity kene wat drama pendek pasal yakut scene kene minum yakult aku TOLAK MENTAH-MENTAH!

Dia Paksa Aku Terpaksa

dutch lady strawberry LOW FAT LO CAL ade kat tangan dia. ok fine...dia dah habeskan vitagen perisa ape tah aku tak pasti sebab aku dup dap dup dap nak tengok sangat.yela..dalam hati dah terdetik mampuih la klu dia suruh rase!! tekak dah haus ni...mane pulak air mineral tadi yang aku minum...

alamak dia tngah terkial-kial nak bukak tutup botol LFLC dia. aku pura-pura pandang lain. dalam hati takut nyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!! serius aku sangat TAK MAUUUUU! titik.


dia SURUH AKU MINUM DEPAN DIA!!!!!!!!!!ade ke dia nak tgk mesti kurang. pikiran aku teringat emak ngan ayah yang mengadap aku mase aku kecik-kecik pakse aku minum susu DUMEX. bile dh masuk sekolah rendah sebelum tidur ayah pastikan anak-anak dia mesti minum SCOT Emulsion satu sudu. dia suapkan....hahhhh....time ni adik-adik aku ngan kaklong aku kejut aku macam nak mati memang aku keras jelah atas katil. hahahaha...purak-purak tido laaaaaa.apelagiiii...ayah pun faham sudah.hehe...sampai skang aku xtau cmne rase scot emulsion tu.

camne aku nak lari dan cipta alasan nih. adehhh...petua aku. ok...ok...bertenang...bertenang...aku cakap.nak tengok awk minum dulu. haaa...aku mmg mcmtu. apesaje makanan atau minuman yang aku rase terpakse untuk minum, aku kene bertenang, tgok dulu org minum.

aku capai LFLC kt tangan dia. mak ai...beli yang besor gedabak pulak tu mamat sorang nih. aku tutup hidung aku teguk dan telan. berjaya!!!!! dia tengok aku....ade ke dia tak percaya. dia kata tak berubah pun air tu. heyyy...takkan nak keluarkan balik kot..;P.

percubaan kali kedua juga berjaya dengan cara yang sama. air tu laju terus aku telan. tangan sebelah tutup hidung dan mata pejam rapat...minda kosongkan untuk tidak mau menagkap bau atau rasa yang terhasil. dan berjaya jugak!!!! errmmmm.....boleh tahan jugak rasa dia...rasa strawberry..hehe....tapi sebab tu first time...cukup 2 kali teguk. dia dah puas hati aku minum....oklah. naseb dia tak kata nak tgok tinggal separuh. berpeluh kot aku.=)

dan titian kaseh yang tercipta antara aku dan mereka aku abadikan disini...didalam blog ini betapa aku sangat mencintai kaseh dan sayang yang mereka beri untuk kebaikan aku. supaya aku tak lupa..supaya aku menghargai kedatangan mereka dalam hidup aku.

terima kaseh semua..................................................................................bighugs! muah...

Friday, July 15, 2011

Titian Kaseh Tercipta..

Good day everyone! 

I enjoy myself having marvellous time sharing my real experience in life with my beautiful and colourful moments in this blog . Thanks for being great readers! Muai love u all so much!

 


anak sape nihhh??

She is clumsy and it is in her nature.
She can say such thing and make you wonder if you should get up set or love her more.
She likes to be herself.
She has good taste in good food, and she is fat.
She loves a surprise and loves to make ppl happy.

yesss...she is Muhaini Ibrahim!!! 

♥ she love...♥
.myself.
.myfamily.
.my Jengs.
.best buddies.
.my soiV.
.eating + shopping + travelling.
.waterfall.
.sleeping.
.novels.
.polkadots.
.rainbow.
.owls.
.wali band.
.air bandung.
.cooking + baking.
.dreaming and planning.
.talking and laughing.
.sharing ice cream with someone special.
.someone who will love me for me.


Born on August 24, 1986.
The 2nd daughter for Emak and Ayah,
a rajin sister for her 1 big sisters,and 3 younger sista
a superfun auntie to be for her lil baby love in kaklong tummy
and
an extremely mereng girlfriend, bestfriend, sister and
the super mengada  for Jasrul Bin Jamaluddin.
=)

Tuesday, July 12, 2011

.penyakit datang tanpa diduga!

bismillahirrahmanirrahim.

aku arini masih bukan dalam keadaan mood yg baik. tambah2 rasa sakit yang menyerang sendi pipi aku ni. dgn ehsan mr google aku menyelami penyakit aku.

ohh aku BEGUK. ape tu beguk. ada org mungkin xtau. aku sendiri dah lama xsebut penyakit ni. yg pasti beguk berasal dari virus yg diberi nama   RNA Paramyxovirus. penyakit ini tiada ubat!. iyeeee...tetapi para saintis menghasilkan vaksin untuk penyakit ini, cume di Malaysia kanak-kanak seawal usia tidak perlu disuntik kerana ada konflik sikit. biasalah...saintis kan otak gile, kadang-kadang buat ubat untuk melawan penyakit ini, penyakit lebih serius pulak yg datang! yes...itulah sebab aku paling tak suke makan ubat!

tambah2 aku duduk dalam bidang sains sedari aku kecik..konon2 nak jadi doktor kan.tapi bile dah besar panjang baru sedar aku mabuk darah.haha...sgt keciwa..tp aku tetap kekal dalam dunia saintis aku hingga aku dewasa. tp aku amek majoring in plant biotech sebab aku sangat cintakan tumbuhan. aku sangat cintakan kehijauan.

ayah kol aku: dia suruh aku balik rumah petang ni. sebab durian pokok EKA dah gugur.  iyee...kat rumah aku ade durian yg ayah tanam pokok EKA. sebab kecik2 dulu ayah suruh aku jaga pokok durian tu, dia kata tu pokok aku. termasuk adik2 aku yang lain. tapi dorag semua malas nak g kebun belakang. aku? dulu kecik2 aku selalu teman ayah..tapi sekarang sesekali je. musim buah kali ni tak berapa nak happy sangat. sebab musim kali ni tak menjadi. aku cume tunggu pokok pulasan tu masak ranum je. memang terbaek la pulasan rumah aku! yg lain xd sgt..durian tu pon xmenjadi...ayah kata adelah gugur 2 biji pagi tadi. 

masalahnyer..dengan penyakit yg menghinggap pipi aku nih..rase mcm malas je nak driving bawa kete balik. suhu badan ni pun dah tinggi. mata dah berair..nak pegi klinik dapat mc 3 hari pun sedap gak dok umah.hehe...ayah pesan beli nila ngan cuka. haishhh....tp aku xrisau sgt, sebab beguk ni penyakitnyer sekali seumur hidup je kene. lepas seseorang tu dah kene, antibodi badan jadi lebih kuat dan rintang terhadap penyakit beguk nih..hahhh...korang dah kene ke????

ooooo....aku menjadi semakin kuat la! hehe...dalam sakit2 arini, aku brjaya setel 2 report besar! alhamdulillah..syukur. hakikatnye dalam keje ni, kalau hati kata nak buat, mesti beres punyer. tp kalau dok tangguh2 ni yang payah. masalahnyer...penyakit tangguh2 ni suke betul melekat kat aku.

oh ye...penyakit beguk ni spesis penyakit berjangkit!! sebab tu satu hari ni aku mmg isolate diri aku dari org lain. kesian pulak nti satu ofis pipi bengkak sebelah.hehe....tetibe terpk, dari sape lah yang pembawa virus beguk ni kat aku. 

okla ye..ngadap pc ni lame2 menyebabkan mata aku pusing.letih...doakan aku cepat sembuh ye! aminn...

Monday, July 11, 2011

pecah otak

pernah tak korang rse sgt stress dgn keje yg menimbun? ini yg aku rse sekarang! cuti 4 hari xd perubahan apepun. ingt aku ni robot ke.itu ini begitu begini..heyyy...rase nk letak notis je 24 jam. pastu jual goreng pisang tepi jalan. bahagia kot!

hari dan warna anda!!!!

Isnin-Putih
Selasa-Pink/Purple
Rabu-Biru
Khamis-Kuning/Orange
Jumaat-Hijau
Sabtu-Merah
Ahad-Hitam
 gudmorning yer...jom kita bermain dengan aura warna baju yang kita pakai seharian...di atas adalah panduan terbaik merujuk kepada warna yg paling memberikan terapi harmoni kepada diri si pemakai. InsyaAllah...

Sunday, July 10, 2011

selamat malam!!

hye!!
aku baru blik men bowling ngan adik2 aku bersama mak aku.lme gile dah xmen bowling nih. kire lepas geram main sekali 2 game je pon!.hikhik..nk main game ke 3 tgk jam dh almost 12.so balik tp cm biase mak aku akn ajak ngete dulu.haishhhh...menternak lemak je keje aku satu hari ni.

aku bkak facebook, xd ape yg menark pon.tgk kwn2 punye status, alhamdulillah semua mereka sihat.bagus gak ade perantara mcmni...sekurang2nya walau tak bertemu, kita tetap berhubungan...mungkin sekadar hubungan SENYAP tapi cukup bermakna dan ade nilai.

hari ni sibuk kecoh kepoh hal BERSIH. tup tup dpt msg ainul lepas maghrib tadi...dia pon  pegi.huhu...walau jd pemerhati, sekurnag2nya ainul termasuk dlm lipatan sejarah, ape yg aku lihat...cume dikaca tv, huh..semua org melayu! kebanyakan org bumiputra..ohh...xtaulah klu mata aku ni sudah tidak kenal cina melayu india kan...arghhh....sah la weiii...tgk batang idung pun tau orang melayu, anak melayu yg memonopoli!...wahhh.....entahlah, mungkin bagi aku, kebangkitan org melayu kali ini disebabkan terlalu banyak isu yang menjadi persoalan dan kerajaan pemerintah tidak dapat nk memenuhi semua tuntutan2 mereka.huh....jangan MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!>ingat...bangsa lain dan dunia sedang memerhati kita, tindak tanduk yg kadang2 kononnya rasional dan ingin melaungkan slogan keadilan dan PEMBERSIHAN jangan sesekali makan diri sendiri.kenapa? sebab kita tidak bersatu! sesame kita sendiri bertelagah...menelanjangkan keburukan masing2. ya Tuhan...selamatkan bumi Malaysia tercinta ini!!

ohh..kenapa tgnku ini mengupas agak panjang isu ni.sedangkan aku tidak suke memolitikkan diri aku! haishh...pening kalau pk dalam2. lagi bagus kaji Al-Quran,perbaiki diri sendiri yg terpalit banyak dosa. bila diri sendiri cukup BERSIH...bantu org lain pula.pemupukan masyarakat yang sihat bermula dengan asas kukuh dalam DIRI INDIVIDU, tidak kira agama atau bangsa, jauhi hasad dengki, tamak haloba, permainan politik wang dan kuasa, jauhi juga cakap-cakap kosong, janji-janji manis.perlu REALISTIK dialam nyata, bukan lagi terus berfantasi dalam ilusi ciptaan anda yang entah apa-apa, dan tiada pula dapat diterima logiknya diminda! ingat!! bukan senang mentadbir sebuah kerajaan yg mane didalamnya penuh dugaan, cabaran! sedangkan amanah menjadi pentadbir sebuah keluarga juga masih ramai yang GAGAL , inikan pula ingin memberi masa depan kepada berjuta keluarga.justeru harus peka dengan keadaan dan paling penting ILMU. 

aduii..mata sudah semakin layu. esok jiran aku merangkap sahabat aku sama-sama main paya kecik2..main belon acah, baling selipar, mancing ikan, cari cendawan ...hishh...klu nk ingt mcm2 lagilah yg kami buat zaman dulu.akan bertunang...alhamdulillah..semoga berakhir dengan akad nikah yang menghalalkan perhubungan.aminn...tahniah Fiza!!

nak tidoooo dulu! salam sayang untuk semua...muah!!

Saturday, July 9, 2011

awas!!! KUBUR menunggu kita semua!!!

"kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan kesatu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada Al-Haq yang tidak berbelah bagi"
-kata Imam Syafie-

bicara soal mati...rase gementar dalam hati aku. ohh..cukupkah amalan untuk dibawa kesana? masyaallah...kerdil nyer aku rasa.amalan wajib juga kadang-kadang aku lengahkan....muhasabah diri!!

Friday, July 8, 2011

oren nyerrr blog sayer!!

opssss....baru bukak blog dan apakah ianya berubah dgn sendirinyerrrr....musykil la...ade pembaharuan...

tp xpelah..asalkan buleee di bace. 

sekian teerimaa kasehhhh..hehehe.

Tuesday, July 5, 2011

oyeehhhh....RnD aku cedapppp

dah nak tamat mase kuliah eh eh....rindu mase blaja la pulak. mase kerja la beb...

baru selesai RnD yg alhamdulillah success....bg rase kat semua orang depa kata buleee jual nih!. lega noooo...aku senyum2 je.dalam hati aku dok kata, tak sia-sia jampi serapah aku membebel sebab dah takde hati nak keroje...hikhik...jgn btau bos ini statement! ops..;P

sorry la bos, asek buat keje yg same sgt membuatkan otak aku menjerit2 utk keluar dr kepompong ini. naseb ade tugasan RnD nih. leh aku bereksperimentasi skil memasak. aiyakkk......dah 4 kali try and error yang ini bru leh makan ooooo...ingt senang ke nk launching new product.

kena kira kos, bahan2, penerimaan consumers...itu belum lagi part dia punyer nutrition lagi. haishh...semua la aku nak kena ngadap! tp xper..paper work yg berlambak tu aku simpan , tp jgn smpi jd pekasam lak. nanti bos aku jeling aku.






itu gambar2 yang bulee korang tgok. yg lain PnC yoooo! takkan aku nk bg resepi lak kan...oh...tak laris pulak produk ini dipasaran.hikhik..agaknyer sbb ni kot bos aku sayang kat aku...banyak rahsia syarikat ditangan ku....hiiihiii...gile kuase kejap. hakikatnyer kuli batak je yg dipenuhkan dgn semua keje2~

ok tata u ols..jumpe lg tau. hari ini mood cinta...tu semua jadi tu. haha...nak tau kenapa...barang aku order dah sampai. pst pstttt...rahsia tau..jgn cakap dgn dia barang aku dah sampai.!!!! yeay...yip yip hurayyyyyy....

assalammualaikum...zasssssssssssssssss.

memorandum of understanding

Jgn ada sesuatu perhubungn hnya dgn sebab simpati atau terpaksa atau telah terbiasa... Kerana ia hanya akn menyeksakan...
 berikan aku bahagia berpanjangan, cinta yang selalu subur di baja dan disiram agar mekar berpanjangan. ye..aku tidak mahu hubungan yang disambung atas dasar MoU ciptaan atau pun unsur2 keterbiasaan ataupun bila sudah tiada pilihan.

jauhkan diri dari konsep perhubungan seperti ini. kerana cinta sejati ialah cinta kekal sampai mati. cinta yang ada prinsip kesetiaan dan kesanggupan untuk memberi yang terbaik kepada pasangan. untuk menjaga hati pasangan, untuk selalu setia diwaktu susah senang, sakit dan jatuh, menangis dan gembira. sedia menerima dan bertolak ansur.

aku harapkan hubungan kebangkitan semula ini kekal berpanjangan, dibawah payung redha Ilahi..segala silap lepas aku jadikan pedoman dan pengajaran. 

to my intann payung......=)


Selalu Denganmu

adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku
dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu
 
Tuhan...
tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia 
selamanya............

i love my intan payung damn much! ku ingin SELALU DENGANMU....

i LOVE you!!!

i have three parts of my heart.1st for my Allah.2nd for my family.3rd for my friends.but no part for you.Because....you are my heart. i heart you~ ♥
strawberry!!!! sebelum balik nanti sy mau singgah beli strawberry utk makan bersama2 dgn si dia!