Wednesday, September 28, 2011

ts=transeksual

Tragedi di atas jambatan Seorang lelaki berwajah garang sedang menaiki motor Harleynya, ketika dlm perjlnan dia terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.Ia menghentikan motornya dan bertanya : "Apa yang sedang kamu lakukan?" Gadis itu menjawab : "Saya ingin bunuh diri... Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata: "Kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yang terakhir." Si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir, si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata: "Mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini." Dengan sedih si gadis menjawab : "Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww
si TS : awk nak saya hantar awak balik ke bangggg...
si PC : eh tak payahla...saya naik lori.
hangen aku satu badan.

Hamba Tuhan

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.".♥¸.•✿´¯

•✿•Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
•✿•Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah..
•✿•Jika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..

♥::♥Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t,.... ♥::♥
✔agar tunduk disaat yang lain angkuh,.....
✔agar teguh disaat yang lain runtuh,....
✔agar tegar disaat yang lain terlempar,..

hati bentuk cinta

my heart is like an open book, it depends on how you read me. dont judge me by my cover, look in and DISCOVER . and i will be your true buddies ever!

Monday, September 26, 2011

jangan letak syarat untuk emak.

jangan diduga lagi hati bonda. restu ibu sangat penting.jgnlah dibutakan hati kerana cinta.solat 5 waktu, aurat ditutup rapi, elok budi pekerti, ilmu cukup untuk menilai. lupekah kisah pade zaman rasulullah, hanya kerana bonda terguris hati anak tidak menyahut salam kerana urusan beribadah, bila tiba saat kematian keampunan bonda yg diharapkan?inikan pula kerana urusan percintaan sesama manusia.
 sudah nyata dia silap.mungkin boleh dimaafkan, tetapi untuk menerima sukar. ingt, dulu kita smbut dia, kita tatang dia macam minyak yang penuh, sudah anggap macam famili sendiri.tapi sape yang buat taik. tolonglah kesian kan emak.............. 
emak sudah kata TIDAK. mudah... berkorban untuk emak lebih utama. insyaallah bahagia. jangan risau adikku sayang..akan ada pengganti yg sejuta kali lebih baik walaupun dia kau rasa terbaik. tapi kalau dah terbaik, kenapa dia buang taik taknak basuh balik. kann?

nikoh cepat-cepat deh

Cer tgk makna 'Aku terima nikahnya' tu cmni pula:

Aku tgk dia; pahala. Aku panggil dia "syg"; pahala. Aku pgang dia; pahala. Aku kiss dia; pahala. Aku meniduri dia; pahala. Pg aku keluar mncri rezki deminya; pahala. Aku brusaha bersmnya mndpt zuriat; pahala! Aku bersama2nya mndidik anak; pahala! aku puji dia:pahala! sama2 lah mnghayati maksud sebenar perkahwinan..

Islam itu indah..kepada si suami, didiklah isterimu dan kepada si isteri, bantulah suamimu (^_^)

Thursday, September 22, 2011

aku anak desa

here this is story of mine and im sure it would fit into your life too..and again..am sure that people would have a lot of explanation for almost every thing happened in our life..

aku anak felda pedalaman di kulai, johor. and im proud where im from no matter what people says about me..aku membesar di felda inas. belajar kenal abc cuma di tabika kemas. bukan kindergarden swasta yg dr kecik terus pandai speaking. mak ayah aku juga biasa-biasa saje. masuk primary school juga di felda inas. 


sejak aku kecil aku dibesarkan dengan suasana kampung..aku ketinggalan.. tak tahu teknologi..i've been totally outdated in IT..MUSIC, FASHION till now.
in short, practically im outdated everything under the sun..





aku main paya, gi cari anak-anak ikan gune pongkes. aku masuk kebun kelapa sawit cari cendawan. semua tu suke2..permainan aku kecik-kecik dulu, belon acah, main getah, polis entry, baling selipar smpai aku gaduh2 ngan kawan2 aku. balik rumah nanges..ayah kata padan muke. 


but then..aku tidak pernah melihat ini sebagai satu kekurangan terbesar aku..aku dibesarkan dalam keluarga yang tidak kaya..sejak kecil..aku dah bergelumang dengan lumpur, selut, pacat, lintah ..jatuh pokok..jatuh basikal, ...dan macam2..malah, aku pernah hidup bertemankan lampu minyak tanah dan minum air paya disaat semua rumah disekitar aku sudah pun beratap genting dan berpagar otomatik. 

sejak kecil aku tidak didedahkan dengan perkara2 grand2..birthday aku xpernah disambut..family aku xpernah pergi bercuti..aku tidak makan mcd.aku tidak makan pizza..and perkara itu terbawa2 sehinggalah aku ke university hinggalah sekarang..
makanan aku adalah nasi dan lauk2..sesiapa yang kenal aku tau..betapa aku tak suke makan semua itu..see?i told u that im so oldfashioned women but yeah..im okay with that..


aku pernah menagis sebab mak tak hantar aku kat sekolah cina. ayah pujuk aku. dia bukak kan aku johor,fm. setiap malam ada belajar bahasa cina. jadi tiap2 malam aku dengar sendiri. dan belajar sendiri. aku jeles dgn sepupu aku yang sekolah cina, jadi aku berusaha sendiri.


aku study apabila esok mahu exam..aku study dengan sesungguh hati..tapi alhamdulilah..aku selalu cemerlang dalam pelajaran.tiap kali hari anugerah cemerlang anak-anak ayah mesti ade naik pentas ambil hadiah. dan sekarang kami 5 beradik semua perempuan adalah degree holder..saya bersyukur dengan itu..

look. bila anda dilahirkan sebagai orang susah..kadangkala duit dan pelajaran bukanlah topik utama semata2..tapi yang diutamakan bagaimana untuk survive setiap hari..

aku lihat dua-dua org tua aku kerja siang malam. mak aku akan pastikan semua anak-anak dia bawak bekal..makan air tangan dia. mak keluar pergi keje 6.30 pagi, tp seawal 3 pagi mak aku bangun untuk sediakan lauk2..masak nasi. kalau mak xsempat masak..tugas tu ayah yg buat. pagi2 dia bawak tupperware pergi kedai, isikan nasi lemak atau bihun goreng. 

belum lagi buat kerja-kerja rumah. aku tak pernah ade bibik. mak keje siang balik petang, jadi aku yg kene pastikan rumah selalu bersih. aku kan kakak. sebab tu aku tak suke rumah bersepah2..dan satu kepuasan bagi aku kalau rumah bersih. lagipun, exercise kan?  kebetulan ayah aku cukup pantang klu ade pinggan dlm sinki, atau kain dalam bakul. adik2 aku cakap aku anak kesayangan ayah. yelah...mana ayah tak sayang, semua kerje aku kene buat. huuhuu..i dun care at all. it is also my passion..menghias rumah bagi bersih dan cantek!


habis spm, aku ikut mak kerja. aku tak mcm kawan-kawan lain. habis belajar pergi bercuti sana sini. pagi-pagi aku bangun, naik motor dgn emak lalu jalan kebun. masa tu aku jadi kerani cabuk je. hishhh..tapi gaji lumayan...kerani cabuk pun dapat 1k plus2. dapat aku tolong adik2 bayar yuran sekolah agama. siap bagi mak ayah duit lagi. 

jangan pernah bertanya..betapa beribu ribu kali hati aku sakit..beribu2 kali hati aku disakiti..beribu2 kali aku terluka hanya kerana aku melihat orang disekeliling aku lebih bertuah daripada aku..beribu2 kali aku menangis..namun itu semua tidak pernah berbekas dalam hati..hari ini aku menangis esok aku sudah mampu untuk berlari2 semula..

dilahirkan sebagai orang kampung..orang susah..aku belajar banyak perkara

i learn that not everything in life is free, u've got to work hard for it..
i learn not to be so spoiled like other kids who ask 4 everything they want and get it
..
i learn to have respect for others and things around me..
i realize the most important things in life, survival, family, faith and love..
i realize that what goes around comes around..if u do good to those around u..those around u will do good to u..
I LEARN TO APPRECIATING THINGS AND EVERYTHING AROUND ME....

aku cerita bukan aku mintak simpati pada orang. tapi sekarang..selalu sangat org kata aku bertuah. hidup senang lenang, ade kereta dan rumah besar..ada family dan kerjaya yang mampu untuk aku hidup selesa. ye..aku bersyukur dengan semua rezeki ini. tapi...hakikat nya, kesenangan hari ini adalah dari perjuangan kehidupan aku dan famili aku. 


sebab itu kita perlu berjuang. bermula dari hati. niat harus bersih. 


aku ingat ade orang kata pada aku. bersyukur dengan nikmat. sebab bila sekali Allah mahu tarik kembali segala kesenangan, nak menguit pun belum tentu kita mampu.

dan aku juga tak pernah lupa pesan mak. kesusahan bukan untuk kita meminta-minta, tetapi mengajar kita untuk jadi orang yang berusaha. selalu ukur baju dibadan sendiri, jangan sibukkan baju orang lain yang bermanik-manik tetapi redhakan hati menerima segala rezeki dan anugerah Ilahi.

bersyukur!!!! cheers...


     aku sayang famili aku










Monday, September 19, 2011

rindu culturing........;(




saya sayang pokok. tapi kadang-kadang pokok tak sayang saya. saya nak hidupkan pokok, tapi kadang-kadang pokok mati di tangan saya. kejamnya saya. bila pokok hidup..saya suka sangat sampai melompat-lompat. tak sabar pula nak tunggu pokok besar. tenang hati saya kalau nampak pokok-pokok yang saya tanam hidup subur membiak-biak. tak cukup tangan saya nak buat media, nak subcultur. sekarang..sudah lama saya tidak menghabiskan masa dgn pokok

tak macam dulu...selalu dating dengan pokok-pokok saya. harini orked, esok nanas, esoknya asam jawa, esoknya manggis.semua pokok saya special. kelebihan pokok-pokok saya, genetik mereka lain dari yang diluar. kalau ada masalah, satu hari saya pujuk hati dengan pokok-pokok saya. saya sediakan makanan dia, saya check kesihatan dia. sampai terlupa "rumah" pokok saya akan tutup.

ibu-ibu mereka saya dapat dari keluar masuk hutan untuk ambil spesis yang susah jumpa. atau hampir pupus. bila dah dapat, saya brjaya biakkan. makanan pokok2 saya pun lain mcm pokok yang kat luar.ye..pokok saya manja. tak boleh kotor-kotor. kalau kotor...contaminated. saya sedih sekali.

hampir 4 tahun saya meninggalkan dunia saya bersama pokok-pokok. saya sudah jauh dengan alam. saya tidak lagi keluar masuk hutan. keluar masuk nursery. itu sebenarnya jiwa saya. cintakan tumbuhan.ohhh....saya rindu sekali. 

sekian.

bersangka baik, hati tenang, selalu senyum!!!


Bersangka  baiklah  walaupun  kekadang keadaan tidak sebaik
yang  kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati.
Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas
keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk
itu telah benar-benar terjadi.

Apabila  kita  bersangka  baik,  hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya
tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan
tenang.   Ya,   mungkin   kita   tidak   mampu   mengubah  keadaan,  tetapi
sekurang-kurangnya  kita  punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang
buruk  dan  sukar  itu  kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk
itu…  tidak  buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada
kebaikan  yang  tersembunyi  di  belakangnya.  Begitulah  hidup…  satu siri
misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami
atau  isteri  kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta
dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…


 
Apa  yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur
Allah  tambah  nikmat.  Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah,
Tuhan  akan  menambah  kebahagiaan  kita. Kalau dia tidak berubah perangai,
kita  pula  yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu
juga  satu  anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang
mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”


insyaAllah bahagia akan bersatu dgn kita!!! selalu doa hati selalu sabar, tabah dan kuat hadapi ujian.bukan melepaskan keluhan dan berputus asa. faham sangat..kadang2 terlepas juga hembusan nafas berat, tapi tampung dengan kecekalan yang konkrit. hati perlu bersih dan jujur. jauhi sifat negatif yg boleh menambahkan lagi titik-titik gelap sang hati. kalaupun kadang2 ade sedikit sifat iri dan dengki, laju-laju beristighfar..mudah-mudahan kita tidak tersasar jauh. 

mak pesan, biar orang buat jahat dengki dan busuk hati dgn kita, jgn kita balas dgn bende yg sama. satu hari Allah tunjuk segalanya..masa tu siapa yang bahagia? doakan semua baik-baik sahaja. Allah lebih tahu merencanakan hidup manusia, mentakdirkan sesuatu, "kun faya kun" ...jadi biar Yang Maha Kuasa membalas segala perbuatan jahat manusia. tak perlu kita bersusah payah memikirkan sesuatu yg durjana. 

cheers!=)
motif gambar: tiada apa. ohh..bodoh. buat kerja tanpa motif.

titik.

Thursday, September 15, 2011

1..2..3...click2!






huuu..ade dlm satu gbr ni kwn fb aku ckp ade misteri..leh jadi cover novel! wahhh....pandai betul ko nk mengayat.hikhik..

hurry up to be part of my family!!

Fri(END), Boyfri(END), Girlfri(END), Bestfri(END). Everything has an END except...Fam(ILY)! It Has 3 Letters that says I LOVE YOU.... ♥♥♥
 lihat cincin dijari...hati lega namun seperti ade sesuatu yg walaupun masih tidak pasti, namun sudah ada ikatan janji kasih terpatri, untuk berdua sehidup semati, dan kekal sebagai FAMILY. dunia dan akhirat...amin...
senyuman pagi ini...gudmorning semua!!!  

Wednesday, September 14, 2011

im okay

Sometimes when I'm say 'im okay', I want someone to look me in the eyes, hug me tight n say ' I know u r not'

Tuesday, September 13, 2011

syawal penuh makna

alhamdulillah...masih dalam kemeriahan syawal. lame betul xmenghupdate ni kan...dan dalam mase ni pun banyak yg aku terlepas nk tulis. kesian blog aku yg dah bersawang ni..tambah2 dpt tuan macam aku niii...=)

raya pertama kali ni aku kat inas je. syawal kali ni tugas masak2 mak serah kat aku,. kebetulan mak kene ulser..jadinyer segala lauk pauk raya adalah menjadi tugas aku utk  kene ade depan kuali.. malangnyer bukan sekali..tapi berkali2. hehe..siap rendang daging, ayam sambal, sambal goreng jawa, lodeh, sambal udang...mak tinggal isi ketupat je. adik2 kemas rumah..kaklong tahun ni masak2 kat rumah sendiri.so..dia dh tak masuk team kami dah...

kebiasaan pg raya, sebab kiteorg ry kt inas, kul 10 pagi start marhaban rumah kerumah. berduyun2 la kerabat2 jiran2 aku..dr atok nenek yg still larat smpi ke cicit2nyer keluar marhaban. smpi rumah aku tgahri..hah..hambek kau..dekat 200 org masuk. aku..panik jap..sebab sedia cawan dlm 100++ jeerr.time ni tangan dok capai je cawan ape saje..sampai cawan doraemon pun keluar.

nk citer pasal ry byk kot..yg best nyer dh besor pun ade gak yg masih hulur duit raya kat aku nih..hihi..rezeki kot. alhamdulillah ni dah masuk tahun ketiga aku sediakan duit raya utk budak2. tahun ni dah bertambah2 anak menakan aku...dr hasil sepupu aku la. akak aku punyer still dalam perut lagi. lmbatnyerrrr....

yg utama...setiap kali raya tiba nih..mmg ngadap makanan je laaa..kang kalau xmakan tuan umh kecik ati lak,..hehe. padahal aku yg tak tahan tgk makanan kt depan mata. huuhuu...

malas nk citer lebih2..nak minta ampun maaf untuk semua salah silap. peace! =)

Tuesday, September 6, 2011

tanggung dan jawab=)

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..