Sunday, January 29, 2012

lebam mata sampai demam. be strong!!

let me tell you readers one thing! this is hectic and problematic week!. vacation and problem bersatu mcm irama dan lagu!. cukup gila!

lari bawa diri untuk konon melupakan ape yg manusia2 yg tidak berperikemanusian buat taik sama kita sejujurnya memang perit. sakit. seikhlasnya yg memang tak ikhlas pun nak memaafkan. semua itu sangat menyesakkan. serabut kepala. membazir air mata. penat otak.

cuti seminggu nih bersimpul simpul urat kat otak. berselirat...segala penyambungan wayar seperti ada yang tidak kena. hati dipagut rasa kecewa. berendam ayaq mata. memikirin insan2 yang disekeliling yang jauh dan dekat.kejahatan mereka sama! sumpah aku rasa meluat! sumpah aku sakit hati! sumpah kamu2 semua akan menerima balasan!

tiada apa yang mengecewakan selain dari pengecewaan dari org yg kamu sayang! harapkan dia, dia makan kamu akhirnya.itu memang sialan dongg...huhu. memang terkejut. berduyun2 mesej masuk bertanya itu ini. takperlu rasanyer aku layan kan semua soalan. biar mereka menilai setiap perbuatan! dan biar Allah yg membalas segala penganiayaan.

yakin janji Dia, buat baik dibalas baik, buat jahat selalu rugi. mudah kan. hidup ini simple kalau kita pilih jalan yang tidak berbelit-belit.

kepada manusia yg tak habes2 nak buat durjana. kamu bagi aku ialah sampah yg berbau bangkai busuk yg tak pernah kenal erti putus asa. kalau kau tak pernah serik untuk selalu menghancurkan hati manusia lain, aku pun tak hadap langsung nak menagih kasih dari kamu. bukan rugi ape2 pun...huuu...senang ke kau buat orang mcm2? boooolaayaannnnn! hikhik

kekuatan mencurahkan perasaan setelah baik dri demam. sebelum ni nak menulis yg panjang2 serius takde mood. saje nk bagi kekuatan spiritual sikit untuk emosi yang turun naik ni. tertekan memang sangat2 down!

sampai hati kan manusia itu......

Tuesday, January 17, 2012

flashback lapik lapuk..terjelepuk

salam haters,

kamu masih mahu membaca nukilan saya? yang mungkin bakal menyakitkan hati kamu. maafkan saya, kerana saya sudah mengistiharkan, tiada maaf lagi untuk kamu, kamu, dan kamu....yang seperjuangan sekelian haters. 

saya kejam. 

saya tunduk pejam mata diam, merenung ke langit..mencari pokok hijau. dan kalau saya berada di shah alam, pasti saya berlari ke tasik shah alam. melayan perasaan....didalam setitik ruang lingkup dunia. dulu..itu tempat saya. disitu saya suka buang segala masalah...saya lihat tasik..saya lihat rimbunan pokok menghijau, damai.....

cuma dalam aman damai itu, ada mata yang memerhati saya, hurmmm........tidak perlu saya lukis lebih indah, saya tidak mahu. biar berlalu. terus pergi kau dari hidup aku. selamanya.....

saya ikhlas, saya saya tiada dendam sebenarnya. untuk apa ya berhati busuk, berprasangka dan apa shaja perangai jelik. sangat meloyakan hingga mahu saja muntah hijau. 

hati saya sudah keras . 
selepas setahunn saya mmenyepikan diri mendoakan yang baik-baik, mengharapkan yang indah-indah saja buat kamu...seikhlas hati.  tetapi.................diam lagi. juga malas nak cerita panjang. sebab kamu punya hati yang penuh kepura-puraan, spesis kamu memang mudah ditemui. 

to lovers,

segala perubahan diri bermula dari HATI. ulekan hari yang baru dengan HATI yang benar2 bersih...cara mahu polish hati? banyakkan selawat..berzikir..


Friday, January 13, 2012

i love this!

"...Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu aku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang aku benci. Sebagaimana aku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan...."
– Wasiat Imam Shafie -

Wednesday, January 11, 2012

insan teristimewa

“….Jika seseorang menyayangi kita dengan ikhlas & sepenuh hati,dia TIDAK AKAN SESEKALI terpikir untuk mengecewakan & membuatkan airmata insan yg menyayangi beliau jatuh.Dia juga akan menghormati insan yang menyayangi beliau sepertimana insan menyayanginya itu menghormati beliau…Jadi,kasihilah insan yang menyayangimu sepenuh hati TANPA TOLOK BANDINGNYA dan SEADAANYA…Berikan sepenuh rasa setia,jujur & ikhlas hanya pada dia…..DAN TIADA LANGSUNG SIKIT PUN RUANG DIHATINYA UTK DIISI OLEH INSAN LAIN. . kerana dia yakin kita lah pendamping yang paling ISTIMEWA
 much love,
 

Tuesday, January 10, 2012

anda pernah mengaibkan orang dengan apa cara?


lawak pulak rasa nak berdondang dendang disini. kadang2 rasa mcm nk menjerit out and loud sampai satu dunia tau. teman rapat saya yg mengenali sya semua mengecam saya bila saya diperlakukan sebegitu tetapi mampu tersenyum dan bermodalkan air mata . emosi hari ini nampaknyer lebih stabil. 

mcm ape ye...tidak mahu rasa apa-apa. berbalik kepada tajuk . anda pernah mengaibkan orang dengan cara apa?

kalau saya...tidak sedikit mahu terlintas difikiran sy ingin mengaibkan orang. TETAPI sy mudah meluahkan perasaan yang turun naik di dalam FACEBOOK. kesukaan ini amatlah TIDAK DISUKAI oleh tunang saya, berpuloh kali dia tegur, berjuta kali dia delete status saya. kadang2 rasa hampehkan...

saya orangnyer mudah dan simple, selalu tidak berfikir panjang bila buat status.  saya suka telus. kalau bagus, sy kata bagus, kalau mcm haram saya pun meroyan mcm hantu. hikhik...ada kebodohan disitu.

dulu sebelum saya bertunang, dgn TUNANG saya sekali pun kena jugak..yelakan..dia dok hari2 datang jumpa kita, kata dah takde ape2, tiba2 saya dpt msg macam2 dari emel. lepas tu dptlah pulak cerita2 busuk yg terang dan jelas dpt sy bace dr yahoo messenger.memang lalalalala.......tapi segeram2 saya tidak sampai hati saya nak publish status meroyan kat official facebook saya. sebabnyer, kat fb yg ngade2 tu semua xd org pun. klu ade sikit2 je, yg tak ambil pusing hal saya.

ohh..sy dpt jawapan. dia meroyan semula sebab ape.senyum kambing je...baru activekan fb=) jadi terlepas pandang..tak fikir perasaan saya sebelum itu? siapa yg meroyan di blog? cerita buruk pasangan(mase tu bf kann) laju2 dia update wehhh..hah...ambek ko, gambar aku pun ade. mcmmne sy bole menerima semua itu selepas SAYA TAHU HAL SEBENAR, SIAPA YANG SILAP. awak tu SUDAH BERCAKAP DENGAN SAYA, dan kita dh masing2 sedar SIAPA yang silap. ade ke KAU DELETE ape yg KAU buat? xsempat dan xteringat pun la...kann? 

saya ingin sekali ingatkan tunang saya. jangan termasuk lagi dgn cerita2 begini. tambah2 dengan perempuan spesis ini=)

jom tadah tangan tolong aminkan doa saya untuk dia. sedikit kejam tapi saya rasa perlu. 

"Ya Allah....Kau nampak jelas segala apa yang berlaku, Kau yang diatas Maha Pengatur segala kejadian, aku ini hanya hamba yang penuh dosa, tapi aku yakin akan kekuatan DOA, aku yakin dengan kebesaranMu Tuhan...Kau BALAS segala yang berlaku ini dengan balasan yang paling setimpal kepada perempuan itu" 

pstt...sudah terkeluar sikap anjing dia yang sebenar. memang benar2 bertopengkan kesopanan dan kesusilaan.ehh...puji pulak ko muai. =) yg baik kita puji, yang buruk kita keji.

rasa nak tengok gambar2 lama.....eh eh..sape nii....amboi....perempuan tulah. buat ape dia? peluk cium lahhh. pakai baju tak..hehe..jawapannye TIDAK. siap senyum tunjuk2 lagi..bangganyer dia dengan keBESARan dia.haishh....malunyer kalau gambar tidak berbenang ni sampai ke pengetahuan orang2 yang dekat dengan dia... eh pejam mata jela..dulu kan dia syok bercinta dgn bf dia....sy pun sedar sy bukan baik .saya tidak akan sesekali menuduh dia BERZINA kerana tak tertanggung dosa nak menjawab di akhirat kelak. (walaupun sudah terang lagi bersuluh)

bukti perlu disimpan...contohnyer, kalau bank in duit kat org, slip nyer perlu simpan kan? yeay!! BUKTI masih tidak terhapus, alhamdulillah..........................=)

pesanan penaja buat kawan2 ku yang menjaga tepi kainku..hikhik: perempuan diatas bukan LADY GAGA,KAKAK atau JANDA tu. nanti takut meroyan lagi, dah terasa pulak. 

kenapa tetiba saya rasa puas hati ni ketika ingin menutup coretan ini. haishhh............ya Allah, jauhkan rasa yang tidak elok dalam hatiku. jauh sekali rasa besar diri. 

aku yakin kebenaran sentiasa benar, yang teraniaya doanya dimakbulkan. jangan sesekali menjolok sarang tebuan. takut sengatnyer nanti tak tertanggung badan. saya bukan tebuan..apelah ade pada saya kan...SAHAM pun memang tak tinggi mana. wink!







maafkan saya kerana tidak akan dapat memaafkan dia.

kawan saya cerita2 dengan saya. lebih kepada untuk melihat saya tersenyum. semalam, tunang saya sibuk cuba memujuk hati saya. tengah malam datang rumah semata2 nak bagi saya nasi daging, air asam, chicken curry...dan tidak tipu..sangat sedap. pagi2...mcm biase satu office dpt rasa dan semua cakap saya bertuah. alhamdulillah.....

sakit dihati tiada siapa tahu kan.....tup tup..saya terjumpa ini. status dr Sham kamikazi. thanks bro!

Bila caci dibalas caci, buka aib dibalas dengan buka aib, bererti kita telah menjadi PENIRU KEJELEKAN yang sangat hebat, bahkan mendapat dosa di sisi Allah swt. Istighfar apabila kamu diuji dengan perbuatan jahil dan jelek. Semoga Allah swt memberi pertolongan dan kekuatan.

alhamdulillah...selesai solat. hati semakin tenang. damai..aman...sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya dpt merasakan sesuatu. perjalanan hidup saya semakin mudah, rezeki juga tidak pernah putus. kadang2 bergurau2 dengan abang..ade jugak tersebut cerita2 lepas..tapi akhirnya kami akan senyum bersama...mendoakan. semoga "orang2 itu bahagia"  Ya Allah..aku bersyukur selepas terlalu banyak dosa aku lakukan. selalu cuba muhasabah, dan terus perbaiki diri.

 oh tidak...aku bukan baik. SAHAM aku pun TIDAK TINGGI. dan aku sedaya upaya tidak mahu meninggi diri. apetah lagi ingin mengatakan aku hebat. aku cuma anak kampung biasa..dan dilahirkan sebagai orang biasa2 sahaja.  rasanya pernah aku menulis sebelum ini betapa TIDAK TINGGI nya SAHAM aku. aku menulis blog pun BUKAN UNTUK MENAYANG HARTA BENDA YANG AKU ADA. kerana aku TIDAK HEBAT. rumah aku pernah terbakar..aku pernah hidup susah. 

aku pernah ditipu oleh lelaki, aku juga pernah menangis seharian mengenang nasib diri sendiri. semua itu kerana aku cuma WANITA LEMAH. famili aku yang tidak pernah jauh bersama aku, susah senang...jatuh bangun aku smpi ke hari ini. HARI INI...aku mampu tersenyum melihat kembali sejarah silam aku yg penuh liku. kerana semua itu menjadikan aku seseorang yang mempunyai kesabaran yang luar biasa.

kesabaran dan kebaikan itu kadang-kadang sehingga membuatkan aku jadi SGT BODOH. percayalah..5 minit orang menghina aku, publish gambar aku dalam blog dan menghina aku sebagai BETINA MURAHAN..bila aku dapat bercakap sendiri dengan org itu, hati aku akan terus memaafkan. bagi aku tidak guna sengketa. 

hurm....seseorang dah pesan...DIA MEMANG GILA dah kene BOMOH. bagi aku TIDAK. dia tidak GILA! itu perasaan dia..tindak tanduk dia, perangai dia. saya pernah bercakap dengan dia. walaupun saya tidak pernah kenal dia, serba sedikit saya tau..dalam GILA itu ada kebaikan. saya diperli bila saya cakap dia baik. entahla...

tapi bila hari semalam terbukti. itu yang membuatkan saya betul2 terkejut. 

jawapan saya mudah. LELAKI jangan silap mentadbir 2 WANITA. saya mesej tunang saya. saya maklumkan dia.  sebab itu tunang saya berusaha mententeramkan hati saya. air mata yg mengalir bukti saya terlalu kecewa.

kalaulah saya ingin membalas...adui..saya teringat pulak video DSAI pasal seks di hotel. hurm...hanya mengeluh perlahan. kalau saya tengok lagi sekali mungkin seronok. oh..maaf, sebab pelakonnya kali ini berbeza. 

*percaya tak..pertama kali saya bercakap dengan kakak itu, SAYA BERADA DIRUMAH. nak tau tak KAKAK itu DIMANA. dia tipu saya tau...dia cakap kat kampung melayu kluang, rumah makcik dia. tapi SEBENARNYA KAKAK ITU DI HOTEL BERSAMA SEORANG LELAKI..faham2 jela kan.....=) 

sebab itu saya malas nak membuka lagi keaiban orang..bg saya, status facebook saya yg dah berkurun tu adalah luahan emosi saya ketika itu. macammane ye dgn status GAMBAR saya di blog dia? 

ramai yang komen, marah2 saya tidak pernah sampai hati menulis siapa pemilik nama KAKAK, LADY GAGA atau JANDA. gambar dia? jauh sekali....kerana berdosa besar seumur hidup saya, selagi org melihat gambar itu, dicatatkan dosa di bahu saya. 

masih bersabar lagi saya rupanya....alhamdulillah. 

TAPI KALI INI TIDAK MEMAAFKAN. Ya Allah...Kau Maha Mengetahui segala cerita, segala yang berlaku. aku pernah berdosa kepadaMu Ya Allah...tapi kali ini, aku sudah tiada daya menahan rasa hati ini. Kau berikan balasan yang setimpal keatas manusia itu ya Allah. Kau yang mengetahui betapa aku pernah menghormati dia...ingin memeluk dia disaat aku dapat bercakap dengan dia. TAPI SEMUA ITU DIPERMAINKAN OLEH WANITA ITU.  

aku tidak akan sesekali membuka aib dia, (walaupun semuanya dihujung jariku) tapi aku memohon padaMu...biarlah orang lain membuka sehelai2 aib dia, sampai BOGEL semuanya...bukan utk membalas dendam, tapi sekadar memberi peringatan. kalau bukan didunia ini....KITA BERTEMU DI ATAS SANA.  

Monday, January 9, 2012

wanita boleh sakit jiwa jika emosi tidak tenteram

“…Wanita itu terlebih emosinya. Jika tidak dibelai dan di jaga, kuatir jika emosi menjadi liar dan boleh menyebabkan segala jenis buruk sangka menguasai, hasilnya adalah cemburu, marah, sakit hati, membentak, protes dll. Maka berilah belaian keatas jiwa selain belaian keatas jasadnya.Bersikap manis dan mesralah kepada isteri anda. Kalau anda boleh berbincang dengan baik kepada rakan sekerja yang kadangkala sudah diajar 10x pun masih sengal, kenapa tidak dengan isteri yang anda datangi setiap malam? Jadi maniskan wajah dan bicara anda.. samada sewaktu hendak keluar bekerja dan pulang kerumah,ingatilah & cintailah isteri anda setiap masa sepertimana isteri anda menyintai anda spenuh & seikhlas hatinya...”
(dpt ni dr satu forum)
 semoga kita semua terdidik emosi..pasangan kita sebenarnye memainkan peranan penting dalam mengawal emosi setiap perempuan. sedih, sakit hati, semuanya bersatu. ya..Allah tempat utama kita mengadu, merintih. apepun...tadah tangan mintak diberi petunjuk segalanya.  fikirkah kita sebab  Allah menciptakan fitrah manusia, haiwan, tumbuhan sebenarnya berpasangan.untuk saling melengkapi, saling memerlukan. jika sakit sebelah tangan, yang sebelah juga terasa.

damaikan hati, bersihkan jiwa. InsyaAllah..segalanya lebih tenang. terlalu banyak bende lepas ni yang perlu kita fikir, yang lebih besar dan memerlukan sepenuh perhatian daripada melayan perkara2 yang boleh menambahkan dosa.

saya sudah memaafkan dan melupakan segalanya.....tapi kali ini, biarlah saya serahkan kepada pihak berkuasa. dan hari ini, saya berat memaafkan. kerana bulan 4, 2011..saya sendiri sudah memohon maaf atas segala keterlanjuran kerana saya benar2 tidak tahu pucuk pangkal cerita sehingga kita bercerita dan saya percaya "kakak".yang pasti saya tinggalkan buah hati kesayangan kakak itu jauh... sangat jauh. 
rupanya...ada usaha2 lain yang kakak buat. remuk hati saya melihat itu. terima kasih kerana berjaya membuat saya menangis. kakak memang hebat! cuma kali ini, saya tidak sehebat kakak untuk membalas.
 

Friday, January 6, 2012

hari ini dan semalam

selamat hari jumaat semua...

ini Jumaat pertama kita di tahun 2012. utk dia...jangan lupa explain pade sya khutbah Jumaat hari ni. as usual okey! peeeppps!

aku tgok2 balik post2 lame kat blog ni. haishh...ade yg luahan2 rse yg kalau bace tersentuh pulak hati ni.tapi ingat, yang lepas usahlah dok terkenang2...terbayang2...setiap kali buka mata, hari ini adalah hari baru, permulaan baru utk kita kan. corakkan hari2 mendatang menjadi yang terbaik dlm kehidupan. mulekan segalanya dengan lafaz bismillah dan senyuman...

untuk dia, saya cukup tak suka kalau makan bersama atau yg kamu sensorang yg sy xnampak kannn.. tapi TAK BACA DOA! ingat sayang..segala rezeki semua datang dari Nya. bukan kita nak tunjuk baik, sy sendiri bukan pakai tudung labuh, solat pun kadang2 lubang2. Jadi, bende simple yg mudah, kita praktikkan bersama. Bersyukur dengan apa yang menjadi milik kita, yang datang kepada kita. mudah2an hari2 kita seterusnya, mendapat keberkatan.

dipermudahkan semuanya, dilapangkan segalanya. kita selalu cuba perbaiki diri, selain tambahkan amalan, perbanyakkan kebaikan. Allah Maha Besar sayang...kuasa Dia tiada siapa yang mampu lawan. abang kan pernah pesan kat saya, jangan terlalu mendongak langit hingga lupa rumput dibumi. Sekali Allah ingin balas, takut2 nak menguit pun susah.

untuk abang....terima kasih dgn ayat ini. sampai sekarang saya simpan untuk saya bawa kemana2. saya jadikan sempadan dalam diri saya menjadi hamba yg selalu bersyukur. Ya Allah tetibe terasa syahdu. serius mcm nak nanges pulak. huuu...seperti tisu hati kamu muai!

tidak pernah ada lelaki sebelum ini yang ingatkan saya seperti ini. bg sy, terlalu besar pengertian ayat tu. sebab dgn ayat tu merangkumi semua aspek hidup saya, setiap perbuatan, perkataan, tingkah laku dan ape yg ada dalam hati saya. mudah2n terus saya jadikan pegangan...jadikan batu sempadan.

untuk tahun 2011. ade jugak perkara2 yang tah ape2 sy lakukan. ohh...sejujurnya, aku masih belajar membersihkan hati, memperbaiki diri. harap sangat tahun ni berlangsung dengan cukup bermakna. aminn...

ape pengisian untuk menulis pada tahun 2012 ni ye?

erm....malu. tapi sy rasa perlu. okey...kita tengok je nanti tau.=)




psttt........abang, nak coach satu! hehe................mesti abang cakap xpayah mengade2! hahaha.

Tuesday, January 3, 2012

kita dan sejarah

hari ni tulis tarikh. masuk 2012...dan hari pertama aku bekerja pada tahun yang baru. alhamdulillah..masih selalu diberi rezeki, tenaga dan semangat yang cekal. mudah2an terus berpanjangan, walaupun kadang2 turun naik rasa mahu bekerja makan gaji atau terus bekerja sendiri.hehe....

banyak yang berlaku dalam 2011 menjadi  memori indah yang akan terus bersemadi dalam ingatan masing2 kan.bagi aku, segala yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran yang cukup bermakna. betapa KESETIAAN dan KEJUJURAN itu sangat penting dalam menjalin perhubungan. ketelusan hati, keteguhan peribadi, pertimbangan akal dan ketentuan takdir Ilahi semua menjadikan aku dan dia JODOH yang insyaallah sampai kesyurga. aminn..

rasa seperti waktu pantas berlari pergi. meninggalkan aku terkapai2 dibelakang untuk mencari tujuan hidup. aku berjumpa dengan dia tanpa sedar. pelbagai episod suke duka mematangkan lagi perjalanan aku sebagai seorang yang bernama wanita. dan aku amat berterima kasih dengan episod itu. kerana dari situ, aku lebih banyak mengenali perihal dia. dan aku yakin satu..dia juga belajar mengenali aku.

yang pasti..dia sudah cukup mengenali aku.kadang2 rasa meluat dengan mcm2 leteran. kalah chef wan membebel. menyampah bila ada saje yang tak kena. belum lagi sakit hati dengan sikap main2. penat je kita marah2, merajuk tapi bagi dia main2. hishh..bole ke? geram kan...

walau mcm mana sekalipun, kehidupan ini tetap kite jelajahi bersama. semua rasa meluat, menyampah, geram, sedih...sebenarnya ada cinta dan kasih. insyaallah...

aku hanya ingin dia menjadi imam dalam solatku, menjadi pemimpin dalam kehidupanku, menjadi ketua dalam kerajaanku, menjadi raja didalam hatiku, menjadi ayah buat anak-anakku...



saya suke la gambar ni................=)