Saturday, July 16, 2011

Titian Kaseh Tercipta..2

pssstt...pssssttt....

tiada apa-apa mahu cerita panjang. cumanya ialah syukur syukur syukur pada Tuhan semesta alam ini yang memberikan hidup untuk aku masih berdiri dan melakar hari! 

aku mengenali alam melalui perjalanan...aku mengenali manusia melalui perhubungan aku mengenali blog ini melalui perasaan. teringat ketika aku mula-mula terpanggil untuk memasuki kelompok ini. kelompok yang penuh cerita kehidupan.

FOR THE REST OF MY LIFE....

tika saat itu aku celaru dan keliru sangat dengan permainan perasaan manusia. terlalu banyak cerita terlalu banyak muslihat terlalu banyak kesamaran. pada siapa tempat mengadu selain Yang Maha Esa. betapa aku sungguh tertekan kalau tak silap aku mase tu aku masih lagi sepatutnya "under full supervising". dalam mase kesakitan yang kejap datang dan pergi aku gagahi JIWA perempuan aku untuk terus berdiri.

Tiada Siapa Faham dan Mengerti...............................

kerana aku yang melalui saat itu...kerana aku yang merasa kesakitan itu. ade aku menulis betapa aku memeluk erat tubuh mak bila dia melihat aku lemah bagai tiada daya untuk hidup. Ya Rabbi...kasih Emak mmg tiada berpenghujung. 

Menerima aku Apa Adanya

buruk baik aku...nakal dan degil nyer aku...Emak tetap terima aku. sakit aku..ketawa aku..bila aku pulang emak akan terus setia memimpin tangan aku. emak yang tak pernah luntur doa nya kepada aku.

Tersentuh

aku sangat tersentuh hati bila aku pulang. laju-laju emak lihat muka aku. subur betul jiwa emak dengan kaseh sayang...harum wangi rasa kasih emak melihat aku tersenyum...

katanya...................
eka cakap eka sakit. muke bengkak sebelah sampai nak cakap pun susah, nak senyum pun tak boleh. cepat emak solat, tadah tangan berdoa dari jauh...emak baca selawat...bayangkan muka eka kat depan emak. emak tiup kat tempat pipi eka sakit.  tiap kali solat emak buat bende yang sama...bayangkan eka, selawat dan tiup perlahan-lahan.

syahdu gile aku mase tu...cepat-cepat aku cium-cium emak. cakap terima kaseh...aku cakap kat emak...ni agaknye bukan sebab doktor tu punye ubat bengkak kat pipi ni surut emak, tapi mesti sebab doa mak tu! (tambah-tambah mak mmg paling risau aku sakit sebab aku anak dia yang paling takut makan ubat, tak minum susu, aku selalu cakap nak mati cepat sebab aku tak sanggup nak tengok mak pergi dulu!!!!)

tiba-tiba aku rasa bersalah pulak mengadu macam-macam kat emak. aduii...dah mulut ni laju je nak pot pet pot pet ngan mak. tak sangka emak cukup risau dengan kesihatan aku.kesiannya emak...rasa bersalah pulak susahkan hati emak dari jauh. eka sayang emak!!


Malam tadi..........

tiba-tiba kasih emak dan ayah pada aku itu muncul. aku sebenarnye cukup takut kalau org nak bagi aku susu.percaya atau tak...aku mmg tak pernah minum yogurt ke, vitagen la..yakult la...haaa...memang mintak jauhkan la.walaupun orang kata tak rasa susu!!!! dulu dapat susu free kt sekolah aku bagi kat kawan2. kat unversity kene wat drama pendek pasal yakut scene kene minum yakult aku TOLAK MENTAH-MENTAH!

Dia Paksa Aku Terpaksa

dutch lady strawberry LOW FAT LO CAL ade kat tangan dia. ok fine...dia dah habeskan vitagen perisa ape tah aku tak pasti sebab aku dup dap dup dap nak tengok sangat.yela..dalam hati dah terdetik mampuih la klu dia suruh rase!! tekak dah haus ni...mane pulak air mineral tadi yang aku minum...

alamak dia tngah terkial-kial nak bukak tutup botol LFLC dia. aku pura-pura pandang lain. dalam hati takut nyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!! serius aku sangat TAK MAUUUUU! titik.


dia SURUH AKU MINUM DEPAN DIA!!!!!!!!!!ade ke dia nak tgk mesti kurang. pikiran aku teringat emak ngan ayah yang mengadap aku mase aku kecik-kecik pakse aku minum susu DUMEX. bile dh masuk sekolah rendah sebelum tidur ayah pastikan anak-anak dia mesti minum SCOT Emulsion satu sudu. dia suapkan....hahhhh....time ni adik-adik aku ngan kaklong aku kejut aku macam nak mati memang aku keras jelah atas katil. hahahaha...purak-purak tido laaaaaa.apelagiiii...ayah pun faham sudah.hehe...sampai skang aku xtau cmne rase scot emulsion tu.

camne aku nak lari dan cipta alasan nih. adehhh...petua aku. ok...ok...bertenang...bertenang...aku cakap.nak tengok awk minum dulu. haaa...aku mmg mcmtu. apesaje makanan atau minuman yang aku rase terpakse untuk minum, aku kene bertenang, tgok dulu org minum.

aku capai LFLC kt tangan dia. mak ai...beli yang besor gedabak pulak tu mamat sorang nih. aku tutup hidung aku teguk dan telan. berjaya!!!!! dia tengok aku....ade ke dia tak percaya. dia kata tak berubah pun air tu. heyyy...takkan nak keluarkan balik kot..;P.

percubaan kali kedua juga berjaya dengan cara yang sama. air tu laju terus aku telan. tangan sebelah tutup hidung dan mata pejam rapat...minda kosongkan untuk tidak mau menagkap bau atau rasa yang terhasil. dan berjaya jugak!!!! errmmmm.....boleh tahan jugak rasa dia...rasa strawberry..hehe....tapi sebab tu first time...cukup 2 kali teguk. dia dah puas hati aku minum....oklah. naseb dia tak kata nak tgok tinggal separuh. berpeluh kot aku.=)

dan titian kaseh yang tercipta antara aku dan mereka aku abadikan disini...didalam blog ini betapa aku sangat mencintai kaseh dan sayang yang mereka beri untuk kebaikan aku. supaya aku tak lupa..supaya aku menghargai kedatangan mereka dalam hidup aku.

terima kaseh semua..................................................................................bighugs! muah...

1 comment: