Bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik
yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati.
Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas
keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk
itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya
tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan
tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi
sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang
buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk
itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada
kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri
misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami
atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta
dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…
Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur
Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah,
Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai,
kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu
juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang
mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
insyaAllah bahagia akan bersatu dgn kita!!! selalu doa hati selalu sabar, tabah dan kuat hadapi ujian.bukan melepaskan keluhan dan berputus asa. faham sangat..kadang2 terlepas juga hembusan nafas berat, tapi tampung dengan kecekalan yang konkrit. hati perlu bersih dan jujur. jauhi sifat negatif yg boleh menambahkan lagi titik-titik gelap sang hati. kalaupun kadang2 ade sedikit sifat iri dan dengki, laju-laju beristighfar..mudah-mudahan kita tidak tersasar jauh.
mak pesan, biar orang buat jahat dengki dan busuk hati dgn kita, jgn kita balas dgn bende yg sama. satu hari Allah tunjuk segalanya..masa tu siapa yang bahagia? doakan semua baik-baik sahaja. Allah lebih tahu merencanakan hidup manusia, mentakdirkan sesuatu, "kun faya kun" ...jadi biar Yang Maha Kuasa membalas segala perbuatan jahat manusia. tak perlu kita bersusah payah memikirkan sesuatu yg durjana.
cheers!=)
motif gambar: tiada apa. ohh..bodoh. buat kerja tanpa motif.
titik.
No comments:
Post a Comment