Tuesday, January 3, 2012

kita dan sejarah

hari ni tulis tarikh. masuk 2012...dan hari pertama aku bekerja pada tahun yang baru. alhamdulillah..masih selalu diberi rezeki, tenaga dan semangat yang cekal. mudah2an terus berpanjangan, walaupun kadang2 turun naik rasa mahu bekerja makan gaji atau terus bekerja sendiri.hehe....

banyak yang berlaku dalam 2011 menjadi  memori indah yang akan terus bersemadi dalam ingatan masing2 kan.bagi aku, segala yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran yang cukup bermakna. betapa KESETIAAN dan KEJUJURAN itu sangat penting dalam menjalin perhubungan. ketelusan hati, keteguhan peribadi, pertimbangan akal dan ketentuan takdir Ilahi semua menjadikan aku dan dia JODOH yang insyaallah sampai kesyurga. aminn..

rasa seperti waktu pantas berlari pergi. meninggalkan aku terkapai2 dibelakang untuk mencari tujuan hidup. aku berjumpa dengan dia tanpa sedar. pelbagai episod suke duka mematangkan lagi perjalanan aku sebagai seorang yang bernama wanita. dan aku amat berterima kasih dengan episod itu. kerana dari situ, aku lebih banyak mengenali perihal dia. dan aku yakin satu..dia juga belajar mengenali aku.

yang pasti..dia sudah cukup mengenali aku.kadang2 rasa meluat dengan mcm2 leteran. kalah chef wan membebel. menyampah bila ada saje yang tak kena. belum lagi sakit hati dengan sikap main2. penat je kita marah2, merajuk tapi bagi dia main2. hishh..bole ke? geram kan...

walau mcm mana sekalipun, kehidupan ini tetap kite jelajahi bersama. semua rasa meluat, menyampah, geram, sedih...sebenarnya ada cinta dan kasih. insyaallah...

aku hanya ingin dia menjadi imam dalam solatku, menjadi pemimpin dalam kehidupanku, menjadi ketua dalam kerajaanku, menjadi raja didalam hatiku, menjadi ayah buat anak-anakku...



saya suke la gambar ni................=)

No comments:

Post a Comment