Wednesday, August 24, 2011

belajar untuk bersyukur

Di saat jiwa rasa terusik, saya akan memujuk diri dengan mengingati bahawa rahmat dan rezeki yang Tuhan berikan adalah terlalu banyak dan berbeza untuk setiap hambaNya. Setiap aturanNya selalu bersebab.

Walau apapun yang telah saya tempuh atau bakal saya terima nanti, saya akan pastikan yang saya sentiasa dalam rasa kesyukuran yang tidak putus-putus. Atas apa jua perkara yang pernah membahagiakan diri saya. Walaupun perkara itu kecil. Walaupun perkara itu hanya sementara cuma. Sekurang-kurangnya Allah memberi peluang kepada saya untuk menerima dan merasa segala nikmat dariNya. Alhamdulilah.

Rasa kesyukuran sedikit sebanyak mengurangkan rasa "kekurangan" yang tidak kena pada tempatnya. Mengelakkan diri dari asyik merenung hijau rumput di halaman orang. Mengeluh kenapa halaman sendiri tidak seindah dan sehijau halaman orang, walhal cukup lah sekadar rumput dan tanah yang subur, dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Atau mungkin, kita harus memikirkan jalan bagaimana mahu menghijaukan halaman sendiri, lalu berusaha mendapatkannya. Itu lebih baik, bukan? Dan dalam kelemahan jiwa, semoga kita takkan pernah putus asa, sentiasa bersangka baik, berusaha menuju kebaikan dan takkan sesekali lupa kepadaNya.
Amin.

No comments:

Post a Comment