Thursday, August 18, 2011

lagu rindu

 sunyi sepi...diam tanpa bicara. aku keletihan.....

bisa saja segala yg terbina dgn kekuatan perasaan, keteguhan kasih sayang, kesakitan emosi...seakan diragut. disentap. di robek. 

bila kemuncak kasih sayang...sudah sampai ke hujung cerita kebahagiaan. hanya tinggal ikat janji di ijabkabul..segalanya seakan pergi.

mampukah aku? pengertiaan kali ini lebih dalam dan berbisa. tapi aku harus mampu menongkah arus.

kerana silap datang dari aku. berjuta penyesalan dan berkali-kali aku ingin menerangkan segala yg telah terjadi juga bagai tiada makna tiada kata.

dia sudah kecewa.

keberkatan ramadhan ini..aku memohon. Kuatkan hati aku untuk segala episod yg lepas. 

pagi ini kurasakan sepi. kenapa seperti ada sesuatu antara aku dan dia hinggakan segala yg terjadi seakan mengikat lagi perasaan aku kepada dia. Tuhan....aku redha jika Kau meleraikan ikatan ini. aku tidak mampu. 

apelagi yg berharga dlm sebuah perhubungan jika hilang kepercayaan. aku maklum dgn kesilapan diri dan usaha yg telah terbina selama hampir setahun untuk membetulkan yg mane silap.

jam ke jarum 10 pagi...hari khamis. aku sudah rindukan dia....teramat rindu...


No comments:

Post a Comment