assalammualaikum...
Salam maulidurrasul untuk semua umat islam...moga semua diberi kekuatan untuk terus meneruskan sisa umur yang masih berbaki ini. Rasulullah..aku rindu padamu..terima kasih Allah...aku menjadi umat nabi Muhammad walaupun aku selalu leka dgn nikmat yg tak pernah putus diberi...masyaAllah..akan ku selalu muhasabah diri dan terus buka hati untuk mencari sinar dan petunjuk yang benar.aminn...
Seperti yang aku katakan...blog aku ini terhasil atas dasar cinta..cinta kepada Allah yang utama, cinta kepada makhluk sebagai serinya di lapangan ini.
Ini kisah aku...
Perjuangan
Satu hari aku terkejut bila Udaputra memperincikan soal perjuangan dalam hubungan. Apekah selama ini aku tidak berjuang? Aku lihat balik segala ayat yang terhambur dari mulutnya yang kukira sebagai satu luahan yang tulus dari seorang lelaki berdarah pahlawan yang sangat aku kagumi. ya..aku mengaguminya, tapi aku harus ingat fitrah alam..
"lelaki diberikan kekuatan akal yang hebat oleh Allah tetapi diberi kelemahan dari segi perasaan"
Allah memberi 9 akal untuk lelaki dan hanya satu nafsu. Perempuan pula dikurnia 9 NAFSU dan 1 AKAL. Udaputra selalu memanggil ku bodoh..aku tidak pandai merencana kehidupanku sendiri. Ya..aku setuju. Kerana dihadapannya aku selalu nampak bodoh walaupun diluar lingkungannya aku dikagumi oleh bos dan rakan2. Tidak..aku tidak membangga diri..tapi inilah realiti yang aku nampak. arghhh...aku BODOH dihadapannya..disekolah aku pernah dilabel sebagai pelajar terbaik, belum lagi semua sijil pencapaian cemerlang hingga ke peringkat SPM. Setiap tahun akan ada sahaja anugerah untukku..guru2 ramai menyanyangi ku hingga aku terbuai. aku bangga dengan keputusanku yang tidak pernah jatuh angka lebih dari 10. Aku lupa diri...aku lebih aktifkan diri dgn kegiatan sekolah dr menelaah pelajaran. hasilnya result SPM aku tak seperti yang aku harapkan.
Aku bangun lagi...malangnya, aku berjumpa dgn si Luncai. Ya...pernah satu masa aku menyayanginya. aku berkorban segalanya, akhirnya aku tewas. Syukur aku selamat meneruskan pengajianku hingga aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Kini, aku memiliki kerjaya yang tidak kurang hebatnya berbanding rakan2ku yang lain.
Satu ketika aku leka, aku berjumpa dengan Mat Jenin yang hanya berfantasi. Udaputra berjuang untuk aku. Dia berkorban masa duit dan tenaga untuk aku. Sedetik pun aku takkan lupa setiap dosa ku padanya ketika itu dan hingga kini.
Belum Selesai..
Sememangnya perjuangan aku belum selesai. Aku berjuang untuk memberi kebahagiaan kepada Udaputra, agar dia sentiasa tenang dan bahagia bersamaku. Dan konflik diri aku bermula...bilamana Udaputra mempertikai perjuangan aku.
Aku akui, aku senyap..aku selalu seperti meredhakan apa yang berlaku. Udaputra tau kisahku sebelum ini, katanya aku seperti tak kisah untuk melepaskannya. Untuk udaputra, demi Allah, sesaat pun aku tidak mahu berpaling darimu. Sedetik pun aku tidak mahu kehilanganmu. Mana mungkin aku boleh alpa dengan setiap pengorbanan dan dugaan yang kita lalui dan rasa? aku sedar aku perempuan, aku akui mungkin emosi kadangkala mengatasi minda warasku.(walaupun selalu aku digelarnya BODOH)
Aku bertekad untuk berubah..3hari ini aku betul fight FOR LOVE. Aku menggasak mindanya dengan persoalan, aku menekan nalurinya dengan minta jawapan pasti, aku tidak lagi meminta pandangannya untuk membalas setiap email Lady Gaga. dan jika benar Lady Gaga mahu bercakap dgnku pun kini, pantas saja akanku bercakap dgnnya. Aku tidak mahu terikat dgn arahan2 Udaputra. Aku juga mahu BERJUANG. Jgn ada siapa yang menghalang. Pagi tadi dgn suara yang belum mandi, baru bangun tidur ku kira, Udaputra menghubungiku. Lantas saja aku meninggikan suara bertanya itu ini begitu begini. aku tidak puas hati dengan tindakannya dan aku pot pet pot pet..
Ya Allah..cukuplah disini.Sebenarnya aku tidak sanggup untuk memarahinya, aku meninggikan suaraku bila aku minta penjelasan, bila aku minta dia cerita sahaja kebenaran, bila aku bertanyakannya perihal Lady Gaga. Bila aku dia meminta dia membaca setiap email Lady Gaga padaku. Aku keraskan hatiku untuk membuktikan pada udaputra..aku mahu BERJUANG.
Maafkan aku...
Hari ini aku sedih...sedih sekali melihat kerutan diwajah udaputra bila aku mempertikaikan lagi status Lady Gaga dalam hubungan kami. Masih terngiang2 suaranya utk bercakap denganku pagi tadi...dan malam sebelumnya bilamana aku meninggikan suaraku padanya. Cukuplah...harapanku bersama udaputra untuk menjadi org yang paling membahagiakan disisinya. tapi, jika aku BerJUANG dgn cara ini, aku tidak mampu. aku sebolehnya tidak mahu melihat udaputra bingung dengan situasi. akanku berbalik kepada sifatku sebelum ini. kalau aku tidak dikatakan berjuang, cukuplah pengorbananku bersamanya untuk membahagiakan harinya. kerana aku juga menikmati BAHAGIA..
Aku tidak mampu berjuang dgn cara yang sedemikian. semuanya kerana udaputra Ya Allah.aku tidak mahu dia mati akal dan hilang mood bersamaku. Biarlah aku menjalani kehidupan normalku bersama udaputraku, biarlah aku menjadi bodoh setiap kali aku meminta pandangannya. Aku yakin dia pembimbing yang sgt bijak..sebab itu aku mengaguminya..dan tidak pernah jemu mendengar nasihatnya,
kejayaanku hari ini adalah dari guideline yang diberi Udaputra, untuk udaputra..maafkan aku jika aku dikatakan tidak berjuang untuk cintamu. aku cuma tidak sanggup melihat air muka mu berubah dgn setiap persoalan dan suaramu bergetar untuk memberi penjelasan..maafkan aku..biarlah aku dgn caraku..Lady Gaga dgn caranya.
aku percaya pada ketentuan jodohku..doakan aku dapat memiliki Udaputraku...kerana perjuanganku untuk melihat udaputra bahagia..bukan menambah beban di mindanya. menambah berat rasa hatinya. Itulah makna perjuanganku...
No comments:
Post a Comment