Friday, February 18, 2011

The Truth is QUITE Otherwise..

Salam Jumaat Dunia..

Aku di meja ofis...tgk fail2 and segala project paper membuatkan mata ku lebam! Lately, kerja aku semakin bertambah 2 kali ganda. Microbe lab yg memerlukan perhatian aku juga dah 3minggu kubiar sepi..sejak assistantku pergi melanjutkan study. yess..i just missed you so much Harn Yin! dan aku..meneruskan routine ku seperti biasa..opss..hari ni sedikit berbeza sebab since yesterday aku tak sihat..

Pagi ini, aku membaca blog Lady Gaga. Aku sebenarnya tidak mngenali Lady Gaga physically..tapi kata org melalui tulisan juga kita  boleh membaca perihal sifat dan peribadi seseorang.  Udaputra masih dengan perangai "Green Hornet" nyer. Aku percaya janji Allah itu pasti. Aku yakin suatu hari nanti akan ada sinar yang boleh merungkaikan semua ini menjadi satu pengalaman indah dalam kehidupanku.

Wajar atau tidak tindakan Lady Gaga aku tidak mahu mempersoalkan. Itu hak dia untuk membuat penilaian..cuma..kenapa Lady Gaga masih tidak mahu menghubungiku? alangkah bagusnya kalau kami dapat bercerita bersama apa yang sebenarnya berlaku. Bukan aku mahu mempertikaikan apa yang diberitahu Udaputra, tp bila melihat tulisan Lady Gaga, seperti aku punca permainan cinta bersegi2 ini terjadi.

Bila Lady Gaga Beraksi..
Komitmen dalam bercinta perlu ada. Cinta itukan memberi dan menerima. menyayangi dan disayangi, mencipta impian bersama..dan bersama juga menuju kearah impian yg diciptakan. cinta itu saling juga ada toleransi dan kerjasama, ada rasa yang tulus..jiwa yang murni.

Sekarang ini aku dilabelkan sebagai Perampas oleh Lady Gaga.

uhhhh...pertama kali dalam hidupku aku digelar dan diselar sebegini. Sebolehnya aku tidak mahu ada pertikaian dlm hubungan cintaku. Aku minta Udaputra membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya, seperti entryku sebelum ini. Dan..kalau Lady Gaga itu pilihannya, insyaAllah akanku doakan yang paling terbaik untuk hubungan mereka. Aku tidak mahu Udaputra bangga dan melihat kami 2 perempuan sedang merebut cinta seorang lelaki melalui email2 antara kami yg turut diforwardkan kepada udaputra. Beruntungnya lelaki ini....bertuahnya kamu Udaputra..

Usai solat subuh pagi tadi, aku nekad..aku akan doakan saje yang baik2. Aku juga berdoa aku diberi extra kekuatan dgn konflik yang melanda kini. Insyaallah..semuanya akan berakhir. Pintaku, jgn sesekali panaskan lagi keadaan ini, ini bukan cinta darjah satu.

Huuu..teringat pulak status Udaputra. "perang dimedan boleh kutempur...perang dihati siapa yang tahu" Kini aku sedar, hati lah sebenarnya kekuatan semua insan. Kekuatan fizikal tidak sama hebat sepertimana kekuatan HATI. mudah2n antara aku, Udaputra dan Lady Gaga diberi petunjuk jalan yang terbaik untuk menyelesaikan konflik ini tanpa prejudice. terfikir sejenak..apelah perasaan ku 10 tahun akan datang bile aku membaca balik semua entry dan kisah2 ini kelak..pasti aku tersenyum sendiri...Ya Allah..=)

with Love:MizZmUaI...

No comments:

Post a Comment