andainya,kau rasa tak berupaya,
hidup sendirian tiada pembela.
segalanya, suram bagai malam gelap..
tiada bantuan tiada tujuan
jgnlah berputus asa, kerna Allah bersamamu..
Insyaallah..ada jalannya... :)
Aku rasa malas nak membuka mata pagi ini. Aku takut utk menghadapi cerita seterusnya dalam kehidupan aku, aku takut untuk melangkah kehadapan..ahhh...lemahnya aku. Dengan batuk dan selsema yang masih bersisa, berat untuk aku melepaskan bantal dan tilam empuk.
Uhhh...kerjaya aku menuntut aku untuk bertanggungjawab dgn tugasanku...semua fail dioffice menantiku, semua sample di laboratory memerlukan aku untuk dianalisis. semua staff menunggu arahanku utk project RnD product baru.
Ya Allah,semalam aku tinggalkan office dengan jiwa kusut! tiada plan langsung utk hari ini. teringat muke bos aku yg sudah kuanggap seperti ayah. terlalu banyak membimbingku..hingga tahap ini. bersalahnya aku, aku mengabaikan tugasku, amanah yang kugalas yang menuntut perhatianku malangnya aku lalai kerana serabut dengan keadaan.
Banyak lagi perlu aku lakukan, semalam emak msgs padaku jadual perjalanan trip utk ke Indonesia. Adui..satu lagi masalah, pasport aku belum lagi aku buat, Entah hilang kemana. yang aku ingt semasa aku sibuk2 nak sambung study diUPM dulu, aku masih nampak pasport ade dalam personal file ku. Dalam minggu ni aku ingt nak uruskan pasport dan report pada yusri.Uhhhuuuu...lama tak nampak tuan inspektor tu,jgn dia pegi kursus lagi dah la.
Aku pun akan sibukkan diriku bersama housemate baruku..Natrah. sedap nama dia..secantik orgnye. Alhamdulillah..aku dapat sahabat yg bagus. satu kepala denganku. yang penting sama ingtkan tentang solat=) Untuk rumah baruku ini, aku nak decorate cntik2. aku nak pastikan aku tenang bila balik rumah. kami planning petang ni aku dan dia balik kerumah emak ayahku kat kampung. hehe...mak ayah sponsor barang2 rumah. hari nilah aku amek.
Alamak..bos sudah masuk laa...aku konon taip keje.padahal taip blog nih. errr....tetibe blank kejap.
AKU BUKAN SESIAPA..
aku bukan sesiapa, tapi aku punya hati dan perasaan juga emosi yang kadangkala seperti mengawal seluruh kehidupanku dibumi Allah. cintaku kuserah hanya untuk Dia kini. InsyaAllah.
Rasa malu kulihat entry kusebelum ini. aku terlalu mencintai seseorang sedangkan org itu tidak mencintai aku. (aku saje yg perasan) Jasadnya sahaja milik ku, hati dan naluri dia bukan bersatu bersamaku. sedangkan aku terlalu perit telan kesemuanya, aku pernah menahan sakit untuk mengelakkan maruahnya tercemar. terlalu sakit, hingga aku derita hampir 2minggu. aku gagahkan kaki ku melangkah..
aku berpegang kepada janjinya..sebab itu aku masih disini. aku malu untuk meletakkan namanya kini, kerana aku menganggapnya pejuang hebat dalam hidupku. walhal kini, dia bukan memperjuangkan aku seorang. aku dinafikannya...biarlah hingga dia benar2 milikku..akanku coret setiap momen kami bersama.
aku bertahan, kerana ade sesuatu yang tak mampu kuluahkan disini. jika dia ingat semua itu, pasti semua ini tidak berlaku. dan aku sedar...dia tidak menghargai aku sedikit pun. ya Allah...besarnya dosaku Tuhan...saat hatiku satu dan jitu untuknya, dia bermain dengan perasaan..
mampukah aku meneruskan cerita ini. kuatkah jiwaku melangkah meninggalkan semua ini...jawapan ini kuharap muncul dalam solat istikharahku kelak...amin....
masih ada kah lagi sinar untuk hidupku kelak..masih adakah lagi lelaki yang sanggup memimpin tanganku..selama ini kucurahkan hidupku padanya, setiap saat aku mengingatinya, setiap doa xpernah putus untuknya...dan kini masihku berdoa agar penghujung cerita ini ada sinar indah untuk kami berdua. tetapi masihkah ada? itu persoalannya....
aku dapat simpulkan jawapan disini, tetapi aku sendiri malu dgn diri sendiri dgn jawapan itu. hanya mampu ku luahkan..sampai hati...saat ini aku terkenang kembali, Allah akan mengabulkan doa orang yang ditindas...sujudlah kepadanya jika kamu rasa kamu teraniaya. dan aku sujud....semalam selepas kerja aku menangis semahunya. masjid al ansar tempat aku curahkan segala airmataku...itulah tempat paling tenang untukku.
ingin sekali aku berlari laju......................tapi kemana arah? yang pasti Ya Rabbi sentiasa disisi. seperti apa yang ainul beri padaku diatas sekali, dipermulaan entry ku kali ini.
Assalammualaikum untuk semua yang mengerti nilai sebuah kehidupan dan perjuangan..
No comments:
Post a Comment