Thursday, February 24, 2011

Untuk Kami...........

Doa Istikharah bererti:

Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


__________________________________________________________________________
AKU CINTAKAN DIA...TERLALU CINTA. DAN KERANA CINTA INI KUSERAH SEGALA URUSAN KEPADA TUHANKU..AKU SERAHKAN SEGALA PERSOALAN KEPADANYA KERANA AKU TIDAK MAMPU MENTAFSIR SENDIRI.

TRUTH..

RASA FRUST
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
 
 
Salam....
aku frust, tetapi cintaku untuknya. mudah2an aku dapat menjadi pendamping terbaik buatnya. Allah..hanya Kau yang mampu memberi rasa, aku ingin sedikit lagi kekuatan dan kesabaran. InsyaAllah..semua ini akan ada pengakhiran. aku cuma yakin pada jodoh yang telah Engkau janjikan, aku telah berusaha..permudahkanlah jalan kami untuk membina masjidMu, untuk menambahkan umatMu. Aminn...
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 23, 2011

Tomato Vs Honeydew

assalammualaikum dunia!



aku rindukan tomato ini..aku rindukan saat ini.aku rindukan segalanya ketika cerita ini bermula. aku diberikan kasih sayang dan cinta. dia menghormatiku sebagai seorang perempuan, dia menyanjungiku sebagai seorang kekasih. dia memberikan rasa disetiap sudut hidupku. oh Tuhan, sesungguhnya aku rindukan tomato ini, aku rindukan dirinya..teramat rindu..aku rindukan kasih sayang tulus darinya.

Ya Allah, klu benar tomato ini milikku selamanya, kau tabahkan hatiku, Kau curahkan hatiku dengan limpahan kasih sayang untuk tomato ini. Kau tambahkan setiap saat dihatiku rasa cinta padanya, Kau suburkan jiwaku untuk mengingatinya, Kau datangkan rasa indah setiap kali aku bersama tomato ini.

dan jika dia bukan mencintaiku sepenuh hatinya, Kau buka kan padaku seluas-luas jalan untuk ku pergi dari menyulam kasih bersama dengannya. Sungguh aku teramat mencintai dirinya, tetapi aku juga sedar cinta kepadaMu lebih Utama. Jika dia boleh berbahagia tanpa aku disisinya, kau berikan aku kekuatan untuk melepaskannya pergi bersama hati yang redha.

Ya Allah..
Kau tempat aku mengadu segalanya. Hanya Engkau maha mengetahui..Hanya Engkau maha mendengar. Aku serahkan diriku padaMu, aku serahkan CINTAku  padaMu.

Disaat ini aku terlalu merinduinya, terlalu cinta padanya. Walau aku bukan "seri" dalam hidupnya, walau aku bukan "permaisuri" hatinya. mudah2n segala yang pahit ini menjadi penawar mujarab untukku Ya Allah.

Aku sedar siapa diriku...

Tuesday, February 22, 2011

Ku pasrah pada ketentuan..


andainya,kau rasa tak berupaya,
hidup sendirian tiada pembela.
segalanya, suram bagai malam gelap..
tiada bantuan tiada tujuan
jgnlah berputus asa, kerna Allah bersamamu..
Insyaallah..ada jalannya... :)

Aku rasa malas nak membuka mata pagi ini. Aku takut utk menghadapi cerita seterusnya dalam kehidupan aku, aku takut untuk melangkah kehadapan..ahhh...lemahnya aku. Dengan batuk dan selsema yang masih bersisa, berat untuk aku melepaskan bantal dan tilam empuk.

Uhhh...kerjaya aku menuntut aku untuk bertanggungjawab dgn tugasanku...semua fail dioffice menantiku, semua sample di laboratory memerlukan aku untuk dianalisis. semua staff menunggu arahanku utk project RnD product baru.
Ya Allah,semalam aku tinggalkan office dengan jiwa kusut! tiada plan langsung utk hari ini. teringat muke bos aku yg sudah kuanggap seperti ayah. terlalu banyak membimbingku..hingga tahap ini. bersalahnya aku, aku mengabaikan tugasku, amanah yang kugalas yang menuntut perhatianku malangnya aku lalai kerana serabut dengan keadaan.

Banyak lagi perlu aku lakukan, semalam emak msgs padaku jadual perjalanan trip utk ke Indonesia. Adui..satu lagi masalah, pasport aku belum lagi aku buat, Entah hilang kemana. yang aku ingt semasa aku sibuk2 nak sambung study diUPM dulu, aku masih nampak pasport ade dalam personal file ku. Dalam minggu ni aku ingt nak uruskan pasport dan report pada yusri.Uhhhuuuu...lama tak nampak tuan inspektor tu,jgn dia pegi kursus lagi dah la.

Aku pun akan sibukkan diriku bersama housemate baruku..Natrah. sedap nama dia..secantik orgnye. Alhamdulillah..aku dapat sahabat yg bagus. satu kepala denganku. yang penting sama ingtkan tentang solat=) Untuk rumah baruku ini, aku nak decorate cntik2. aku nak pastikan aku tenang bila balik rumah. kami planning petang ni aku dan dia balik kerumah emak ayahku kat kampung. hehe...mak ayah sponsor barang2 rumah. hari nilah aku amek.

Alamak..bos sudah masuk laa...aku konon taip keje.padahal taip blog nih. errr....tetibe blank kejap.

AKU BUKAN SESIAPA..

aku bukan sesiapa, tapi aku punya hati dan perasaan juga emosi yang kadangkala seperti mengawal seluruh kehidupanku dibumi Allah. cintaku kuserah hanya untuk Dia kini. InsyaAllah.
Rasa malu kulihat entry kusebelum ini. aku terlalu mencintai seseorang sedangkan org itu tidak mencintai aku. (aku saje yg perasan) Jasadnya sahaja milik ku, hati dan naluri dia bukan bersatu bersamaku. sedangkan aku terlalu perit telan kesemuanya, aku pernah menahan sakit untuk mengelakkan maruahnya tercemar. terlalu sakit, hingga aku derita hampir 2minggu. aku gagahkan kaki ku melangkah..

aku berpegang kepada janjinya..sebab itu aku masih disini. aku malu untuk meletakkan namanya kini, kerana aku menganggapnya pejuang hebat dalam hidupku. walhal kini, dia bukan memperjuangkan aku seorang. aku dinafikannya...biarlah hingga dia benar2 milikku..akanku coret setiap momen kami bersama.
aku bertahan, kerana ade sesuatu yang tak mampu kuluahkan disini. jika dia ingat semua itu, pasti semua ini tidak berlaku. dan aku sedar...dia tidak menghargai aku sedikit pun. ya Allah...besarnya dosaku Tuhan...saat hatiku satu dan jitu untuknya, dia bermain dengan perasaan..

mampukah aku meneruskan cerita ini. kuatkah jiwaku melangkah meninggalkan semua ini...jawapan ini kuharap muncul dalam solat istikharahku kelak...amin....
masih ada kah lagi sinar untuk hidupku kelak..masih adakah lagi lelaki yang sanggup memimpin tanganku..selama ini kucurahkan hidupku padanya, setiap saat aku mengingatinya, setiap doa xpernah putus untuknya...dan kini masihku berdoa agar penghujung cerita ini ada sinar indah untuk kami berdua. tetapi masihkah ada? itu persoalannya....

aku dapat simpulkan jawapan disini, tetapi aku sendiri malu dgn diri sendiri dgn jawapan itu. hanya mampu ku luahkan..sampai hati...saat ini aku terkenang kembali, Allah akan mengabulkan doa orang yang ditindas...sujudlah kepadanya jika kamu rasa kamu teraniaya. dan aku sujud....semalam selepas kerja aku menangis semahunya. masjid al ansar tempat aku curahkan segala airmataku...itulah tempat paling tenang untukku.

ingin sekali aku berlari laju......................tapi kemana arah? yang pasti Ya Rabbi sentiasa disisi. seperti apa yang ainul beri padaku diatas sekali, dipermulaan entry ku kali ini.

Assalammualaikum untuk semua yang mengerti nilai sebuah kehidupan dan perjuangan..

Monday, February 21, 2011

Tenanglah duhai hati....

"ya Allah...berikan kekuatan kepadaku untuk setiap langkah kaki ku ini. Aku terlalu kecewa, dan mulutku tak berhenti berdoa, agar tidak putus aku berhenti mengingatiMu saat aku sedang terluka"

Pagi tadi lepas solat aku duduk berteleku diatas sejadah bersama telekung yang masih bersarung dikepala. aku berdoa dan menangis. selesai aku berdoa, aku masih tidak dapat menghentikan linangan air mata yang terus terusan merembes keluar. mak masuk kedalam bilik dan melihat aku yg sedang berjujuran dgn air mata. ada kerutan didahi emak, lantas aku memeluk emak sekuat hati. aku minta ampun padanya jika ada aku menyakiti hatinya. jika aku ada melebihkan org lain dari dirinya.

aku hantar emak sepeti biasa dan dalam perjalanan mak sempat bertanya kenapa aku menangis pg tadi. aku cuma katakan, aku terlalu stress kebelakangan ini. sempat emak mengusik..hari2 jumpa Udaputra pun boleh stress? perli aku mungkin. bisik hatiku..tp bila mendengar nama itu, makin teresak2 aku dibuatnya.

aku ceritakan padanya aku ke kl dan perjalanan ke sana, berjumpa dgn famili girl yang baik dan masakan emaknya yg super dupper nyummy in my tummy now. malam nya kami pergi western food yang sgt sedap and murah!! wah..mak nampak excited, dan dia berulang kali pesan, kalau musim buah nanti suruh famili diorang datang rumah kita. yess!!! itulah emak...

dalam perjalanan menuju keofc..entah kenapa hatiku sebak dan airmata tertumpah lagi. arghhhh....kenapa begitu lemah aku hari ini. aku masih demam mungkin, jadi mental dan minda ku tidak kuat untuk menerima hakikat perasaan yang akhirnya aku tahu kebenaran. Ya Allah..begitu mudah aku dikawal oleh emosiku sendiri sedang Engkau kurniakan kepadaku AKAL untuk aku menentukan baik dan buruk. wajar atau tidak!

Permainan ini berjaya membuatkan aku terduduk kecewa. permainan ini berjaya membuatkan aku menagis tanpa henti.permainan ini berjaya membuatkan aku tidak berhenti berfikir. malangnya, permainan ini dari org yang aku paling sayang, paling cinta, paling kagumi. itu yangt betul2 membuatkan aku terduduk, terdiam...apakah selama ini?? apakah semua yang berlaku secara realiti hanya lakonan?

lady  gaga teruk menghentam aku, sedangkan aku sendiri tidak faham apa2. kenapa aku yg dipersalahkan. aku minta kejujuran tetapi sebenarnya? aku dicaci maki dalam setiap msgsnya..ya Tuhan...aku betul2 xsangka itu perwatakan sebenar lady gaga.sampai saat ini aku masih terlalu kecewa dgn apa yang berlaku.

udaputra...
entahla..aku cuma ingin berkongsi rasa perasaan ku disini. saat ini aku masih tidak mampu untuk  berkata apa2..kerana dia tahu apa yang dia lakukan. dan aku hormati itu kerana aku juga bukan sesiapa...

kepada Mu ya Rabbi...
tiada lain aku memohon, Kau ampunkan dosa2ku yang lepas..aku sudah memberi yang terbaik untuk hubunganku, dan jika ini ketentuan yang perlu aku hadapi....aku redhakan segalanya..Kau yang melihat Kau yang maha mendengar setiap rintihan..aminn..

Saturday, February 19, 2011

kl

huh..teman abg now..di kl.byk nk cerita utk perjalanan kali ni..balik umh nti sy sambung ok!

Friday, February 18, 2011

The Truth is QUITE Otherwise..

Salam Jumaat Dunia..

Aku di meja ofis...tgk fail2 and segala project paper membuatkan mata ku lebam! Lately, kerja aku semakin bertambah 2 kali ganda. Microbe lab yg memerlukan perhatian aku juga dah 3minggu kubiar sepi..sejak assistantku pergi melanjutkan study. yess..i just missed you so much Harn Yin! dan aku..meneruskan routine ku seperti biasa..opss..hari ni sedikit berbeza sebab since yesterday aku tak sihat..

Pagi ini, aku membaca blog Lady Gaga. Aku sebenarnya tidak mngenali Lady Gaga physically..tapi kata org melalui tulisan juga kita  boleh membaca perihal sifat dan peribadi seseorang.  Udaputra masih dengan perangai "Green Hornet" nyer. Aku percaya janji Allah itu pasti. Aku yakin suatu hari nanti akan ada sinar yang boleh merungkaikan semua ini menjadi satu pengalaman indah dalam kehidupanku.

Wajar atau tidak tindakan Lady Gaga aku tidak mahu mempersoalkan. Itu hak dia untuk membuat penilaian..cuma..kenapa Lady Gaga masih tidak mahu menghubungiku? alangkah bagusnya kalau kami dapat bercerita bersama apa yang sebenarnya berlaku. Bukan aku mahu mempertikaikan apa yang diberitahu Udaputra, tp bila melihat tulisan Lady Gaga, seperti aku punca permainan cinta bersegi2 ini terjadi.

Bila Lady Gaga Beraksi..
Komitmen dalam bercinta perlu ada. Cinta itukan memberi dan menerima. menyayangi dan disayangi, mencipta impian bersama..dan bersama juga menuju kearah impian yg diciptakan. cinta itu saling juga ada toleransi dan kerjasama, ada rasa yang tulus..jiwa yang murni.

Sekarang ini aku dilabelkan sebagai Perampas oleh Lady Gaga.

uhhhh...pertama kali dalam hidupku aku digelar dan diselar sebegini. Sebolehnya aku tidak mahu ada pertikaian dlm hubungan cintaku. Aku minta Udaputra membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya, seperti entryku sebelum ini. Dan..kalau Lady Gaga itu pilihannya, insyaAllah akanku doakan yang paling terbaik untuk hubungan mereka. Aku tidak mahu Udaputra bangga dan melihat kami 2 perempuan sedang merebut cinta seorang lelaki melalui email2 antara kami yg turut diforwardkan kepada udaputra. Beruntungnya lelaki ini....bertuahnya kamu Udaputra..

Usai solat subuh pagi tadi, aku nekad..aku akan doakan saje yang baik2. Aku juga berdoa aku diberi extra kekuatan dgn konflik yang melanda kini. Insyaallah..semuanya akan berakhir. Pintaku, jgn sesekali panaskan lagi keadaan ini, ini bukan cinta darjah satu.

Huuu..teringat pulak status Udaputra. "perang dimedan boleh kutempur...perang dihati siapa yang tahu" Kini aku sedar, hati lah sebenarnya kekuatan semua insan. Kekuatan fizikal tidak sama hebat sepertimana kekuatan HATI. mudah2n antara aku, Udaputra dan Lady Gaga diberi petunjuk jalan yang terbaik untuk menyelesaikan konflik ini tanpa prejudice. terfikir sejenak..apelah perasaan ku 10 tahun akan datang bile aku membaca balik semua entry dan kisah2 ini kelak..pasti aku tersenyum sendiri...Ya Allah..=)

with Love:MizZmUaI...