Sunday, October 30, 2011

bila manusia hilang pedoman

salam

selamat malam. okey..nogori 2- ganu 1. aku tgok2 ayam je kali ni. malas pulak nk layan..

banyak betul isu dunia sejak sejak ni kan, kematian Gaddafi, perdana menteri Libya yang digulingkan rakyatnya sendiri. ohh my....aku tetap xsanggup lihat kematiannya. hati aku sayu. takkan xd sedikit pun jasa beliau yang dikenang? 

itulah..bila manusia lupa daratan..ikut emosi..akal dan iman letak tepi. 

*tepuk dahi berkali2.

ade berita menyayat hati.

budak perempuan tingkatan 2 mati bunuh diri. gantung diri dengan kain batik. aduhai...kerana putus cinta katanya. Al-fatihah dulu buat si mati. 

adik aku beria2 tunjuk gambar arwah di mukabuku. gambar lelaki tu pun sekali. hurm...mude lagi kamu dik. harap yang lain ambil iktibar. cinta pada manusia jgn sampai melalaikan cinta pada Allah! kadang-kadang mmg setan laju-laju nk menggoda. memang tugas setan nk biar anak adam sesat. 

nauzubillah...aku juga berdosa. sebab tu aku sekarang sedang rindukan seseorang..cinta sejati aku yang jauh...

itulah bila manusia hilang pedoman. 

jom cepat2 muhasabah diri. bertaubat..dan sumpah tak buat lagi. bersungguh2 dalam taubat...insyaAllah..Allah maha mengasihani. 

astaghfirullahhalazim......bila syaitan datang berbisik!.

Monday, October 24, 2011

aman damai dihati....

hati tenang...
aman..damai...dan diam.
satu titik.
tapi belum noktah terakhir
lembaran ini masih panjang jika Allah masih memberi kesempatan

terlalu banyak ragam perempuan aku lihat
aku masuk aku pernah jejaki hingga aku disakiti
itu perempuan

sudah tak terhitung pula tabiat lelaki yang aku perhati
aku jelik
kadang-kadang merimaskan naluri

langkah kaki makin laju
percaturan hidup semakin berliku
kadang-kadang aku kaku
sampai aku berteleku

inilah Takdir...
tapi hakikatnya, perencanaan ini brmula dari HATI
BAHAGIA  hari ini aku dapat setelah aku di uji tanpa henti
di hina dan dicaci tanpa dapat mempertahankan diri
hanya melihat perbuatan manusia-manusia menconteng arang 
mereka-reka cerita, menuduh aku tanpa usul periksa
mempergunakan aku hingga habis semuanya.

namun..
seperti roda aku berpusing
yg dulu berada dipuncak tinggi
mungkin semakin tinggi atau semakin berpusing turun 90 darjah.

aku tidak pasti.
namun aku doakan supaya semua hati-hati yang pernah mengenali aku
JANGAN ADA DENGKI.

dipersilakan kepada mereka melihat memerhati
lembaran hidup aku
yang mungkin tiada menarik
hakikat cuma sebuah cerita hidup
hingga satu hari nanti
kita semua mengerti
kita sebenarnya duduk dibawah kekuasaan yang sama..
berpijak di bumi yang sama
berpayung dilangit yang sama.
KITA BERSAUDARA.


Wednesday, October 19, 2011

Qaz ReeNa's Closet Launching...

kepada smua peminat2 fabrik kurung seperti Japanese Cotton, Roberto Silk, dan macam2 lagi. kami menawarkan harga pembukaan yang sangat2 istimewa untuk anda.

add kami di facebook Qaz ReeNa's Closet. pilih ye yang mna berkenan. (polkadot is hot items!)

dengan harga yang berpatutan, (tgh murah gile2!) anda tampil anggun setiap hari!

polkadot Japanese cotton. pelbagai size dan colour. hanya RM 85 sekali postage dimana saje anda berada!!!. cepat2 add kami di fb.


Normal Cotton. pelbagai lagi pilihan lain dengan corak bunga-bunga yang menarik. harga promosi RM 50 termasuk postage kemana-mana aje!!. grab one as your collection. anda pasti puas hati.

Roberto Silk. pelbagai lagi varieti corak dan colour untuk anda. untuk semua size! bandingkan harga kami!! hanya RM 80 sekali postage keseluruh negara! anda pasti tak percaya. kami ingin habiskan stok promosi segera. cepat2 pilih yang mane berkenan.

small polkadot. harga kami RM 85 sekali postage!! tgok2la yg mane berkenan ye. langkah pertama. add kami di facebook Qaz ReeNa's Closet. lihatlah kepelbagaian fabrik kain dgn harga yg murah tetapi kualiti setanding orang yang jual dgn harga lebih tinggi!! (hehe)

i love you ya!!

Tuesday, October 18, 2011

kelas tart. dah belajar bila mau buat nih...

aku ni beria-ria nak belajar buat tart, roti, membaking lah! alhamdulillah, dah lepas. tpi kesempatan nak menghasilkan apa yg sudah diajar tu yg xsempat2. (hopefully mase kawen nanti ade org hadiahkan oven!) hehe. muai mintak ni..xpayahla bg yg merapu2. hish..ko ni..org nak bg terima dgn seikhlas hati...*puppy eyes*

cerita makan-makan semalam

malam tadi aku tgok movie cerita melayu. alahai..itu ha..cerita klip 3gp. boleh laa..sekurang2nya aku tak tido. hehe.. sebelum tu pegi makan kat kedai larkin...asam pedas ikan merah ngan pucuk paku goreng ikan bilis. nyum nyum...banyak betul aku makan. lunch sebelum tu makan nasi jugak. mak masak pajeri terung+sambal udang. bawa bekal..satu ofice sekali makan..

habis makan rasa perut mengembung tak turun2. jalan2 pasar karat...amek tudung 2 helai.

adoi..kenapa rse bosan nk tulis ni. huhu...otak aku tgh serabut dgn project2 ni. mcm2 nk pk. jd mood tah ape2. hehe.

lepas rya berat aku naik 2 kg. cett...

 sebelum tu aku jumpe dgn abg chik, kawan baik merangkap jiran abang mase kecik2. abang chik aka dr.syam memang kecik. mule2 tu malas nk layan dia sgt..huuu...tp pastu pandai pulak dia bercerita. haishh..-perlukah sejarah negara dibuat rombakan semula.opsss......=)

oklah..pesal laa mata ni berat sangat nih.  aduhaiii...

kami gerak ke kota tinggi. nak cari baju2...

Thursday, October 13, 2011

lagu sweet untuk org yg kamu cinta

tgh stress2 konon la banyak keje kan...aku pon click2 memainkan jejari runcing aku ni ke keyboard, pergi ke youtube dan layan2 lagu yg best. since mmg dh lame gile kot aku xmelayan lagu.

dok mengexplore tetibe aku terstop kat lagu nih. terus lah aku menggali2 lagi. nk tau sape penyanyi nyer. haaa...layan jap. serious tak tipu! sedap syiokkkk terbaik.

see....

i told u kann...sweet kan lagu nih. plus korang nak tau x..mocca ni band dari indonesia!!. lubuk lagu aku skang ni dh bertambah!

ok girls! i love you so much! check it out the lyrics with me!!

I remember...
The way you glanced at me, yes I remember
I remember...
When we caught a shooting star, yes I remember
I remember...
All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember...
All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn


Do you remember... ?
When we were dancing in the rain in that december
And I remember...
When my father thought you were a burglar
I remember...
All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember...
All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember...
The way you read your books,
Yes I remember
The way you tied your shoes,
Yes I remember
The cake you loved the most,
Yes I remember
The way you drank you coffee,
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star,
Yes I remember
When we were dancing in the rain in that december
And the way you smile at me,
Yes I remember

Tuesday, October 11, 2011

adab makan minum Rasulullah!!!

Hikmah makan menggunakan tangan

1 kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?
Kerana kedua belah tangankita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

-Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Bismillah

-(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racunada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Bismillah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.

-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

- Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

- Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Cik Nunul and Cik Muai


susah senang segala cerita kami kongsi
dia sudah cukup faham aku
kadang2 ada cerita yg hanya perlu berkongsi dgn sahabat ini
bukan dgn famili
bukan dgn kekasih hati
kerana dia sahabat
dan
aku sayang sahabat

*Muhaini Ibrahim dan Ainul Hani Md Anuar. perjumpaan kali ini penuh dgn kebetulan yg tidak aku sangka2 beb. Oh my...what is small world!

tanjung Malim - at zain's sister home.

gedik 5 beradik

my raya 2011.





ehh..dah nak raya haji baru publish picture raya kann...xpe..mood selalu ade. inilah kami 5 beradik perempuan! bile dah sama-sama...macam2 ragam! bile jumpe...kadang2 gaduh main tarik2 rambut, pastu dalam mase seminit lepas tu leh peluk2. 

xsabar untuk raya tahun depan baby kak long ade!! hehe...i love my family so much! ayah kami bugis+ mak pulak orang jawa. dah nama darah bugis..cara kami kadang2 mungkin nampak kasar, tapi sebenarnyer itulah tanda kemesraan kami. 

kadang2 cakap ikut lepas je..tapi itulah tanda keprihatinan kami. haa..ni dpt abg ipar yg sporting gile. dr bercinta ngan kaklong sampailah da kawen, mmg suke betul capture gbr kiteorg. kami? gile pose! mak cakap. 

Monday, October 10, 2011

selalu tiada waktu.

assalammualaikum 

aku tak punye byk masa utk conteng2 kat blog aku nih. beban tugas banyak tambah2 aku dah dpt semangat baru nak keje. by next week ada audit so start today preparation berganda2 sebab dah terlalu lama aku bermalas-malasan. keluh kesah akibat tekanan kerja yg mungkin tak seberapa bg certain people, tp bg aku..aku sedikit tertekan.  aku perlukan environment yg cergas, fresh, ada focus. itu matlamat aku. 

aku dapat offer keje dr company yg lg besar.lulus interview tp setelah ditimbal balik, org sekeliling mintak aku tangguhkan niat beralih arah, ayambest mungkin bukan company yg tersenarai dalam bursa saham, tp ayambest bg aku ialah family! hanya yg faham tau kenapa aku katakan family. kenapa aku sayangkan linda.....

ade jugak peluang2 lain tp tak perlu aku kejar dulu sebab tuntutan mase depan. planning utk merubah status memaksa aku untuk simpan dulu niat mengembangkan kerjaya. bukan aku cakap kalau perempuan yg sudah berkahwin perlu menyingkatkan hidup dgn cume fokus pade suami dan famili. tidak...tapi aku sedar, dalam field kerjaya aku, sedikit pengorbanan perlu disitu. org yg bertugas dalam kehidupan "gila scientist" mungkin tau ape rase hati aku. selalu tidak kecukupan waktu. tp aku tidak memilih untuk hidup seperti gaya itu. habis kerja, aku tuang semua kat meja office. jgn harap kau nak ikut aku time aku dating! ;p.

justeru, aku cepat2 bertindak. aku tidak mahu mati disitu. aku cari-cari dimana ade kekuatan lain. aku ingin mencuba sesuatu yg sudah ade akar..cume kekangan kerjaya dan sokongan sebelum ini mungkin mmbantutkan niat. alhamdulillah ketetapan niat sebulat hati dilakukan. nekad. aku bergerak...mungkin sedikit perlahan...tapi untuk 10 atau 20 tahun akan datang, aku cume perlu cuci tangan.amin...

jadi sungguh2 aku tidak pernah berhenti memikir....jalan terbaik. ruang sudah nampak, bila kita mula, pelayaran hebat pasti penuh gelombang akan harus kita tempuh tanpa kenal putus asa. untuk dia..aku harapkan more than hundred percent kita bersama untuk menjayakan misi tersebut. 
tarikhnya? 11.10.11  atau 11.11.11....aduh...seperti biase esok seperti tiada waktu. dan 11.11..hari penuh kebizian. 

please..please....
 

Friday, October 7, 2011

mulut busuk

penat kan kalau cakap hal jantan ni. ade tu mulut manis..tapi belakang ko buat taik. ade tu yang nampak sungguh2 beri komitmen..tapi dalam hati sebenarnye dia tak heran langsung kat ko.

menipu dah satu hal lah. yg sadis nyer lagi jantan yang tak bole ditegur. silap dia ko jangan harap lah nak melenting. last2 nanti ko yang kene. huu..mintak jauhkan spesis jantan mcm ni. yg rse diri betul serba serbi. padahal 0! haha..

yg tabiat suke mengungkit membangkit pulak. hee..kalau aku memang aku meluat tahap cipan jantan yg ade perangai cmni. asal gaduh je nak mengungkit cerita lepas. mcm la dia tak prnah buat silap and keep repeating.bodoh gile.

ade tu pulak..pantang nampak perempuan. yg kesiannyer depan awek sendiri dok ushar perempuan lain bersungguh2, kesian awek tu pendam kan rasa hati. bile tgok org kesayangan melirik penuh nafsu dengan wanita lain.

belum lagi jantan yang suke menipu.tambah2 tipu duit perempuan. rupenyer kau kat sane duduk serumah dgn perempuan lain. itu mmg babi la...

yang kaki pukul..kaki penampar,,..sampai lebam2. kalau gaduh habis rambut ko rase mcm disiat2. di tonjol2 kepala ko mcm xd maruah. diperlekehkan ko mcm perempuan hanjing kurap je kan. lepas tu dah baik elok..lupe semua yg ko dah sakitkan perempuan tu. mmg cibai.

belom lagi yg berlagak kaya. padahal papa kedana. hutnag keliling pinggang. tp tak reti bersyukur dpt awek mcm ko yg selalu membuka tangan untuk menolong yang mampu. biaselah..pempuan ni snaggup ape saje. tp tak gune weh kalau dia tak pernah nak sanggup ape saje, yang tau menyakitkan hati.

kesimpulannya...boleh blah!

kan...kan....0.

mengkaji perilaku jantan

pengalaman memberikan satu pengajaran yang berharga bahawa apabila kite bersama seseorang..pastikan kita bersama dengan orang2 yg benar2 mencintai kita bukan dengan orang yang sekadar2 mencintai kita..

orang yang benar2 mencintai kita dan orang yang hanya sekadar2 sahaja mencintai kita..

bezanya...

awk..saya sakit..dah 3 hari tak bangun..

A: owh siannya kat awk syg..jaga diri baek2 tau..risau..

B: Ya Allah..awk dah g klinik blom?awk nanti saya g amik awk hantar awk pergi klinik k..nanti sy dtg bawak ubat skali..

awk..saya stuck kat tengah jln ni..kete tiba2 rosak lak..

A: awk nih camne sampai tak leh check dulu..cuba awk try tengok kot2
ade org nk mintak tolong..tengok ade tak bengkel yg dekat2..

B: awk kat mana ni?hiss bahaya la awk sorang2 kat tgh jln..sy datang sekarang!

Awk..saya sedih sangat(crying)..asyik kene marah je dgn bos..saya stess sgt..down giler..bleh tak awk happykn sy sekejap??

A: awk sy busy ni..nanti2lah k..awk ni asyik nangis je..sabar la syg..jgn ikut emosi sangat please..

B: sy busy ni syg..tp sy janji after saya siap kerja..sy pick up awk cepat2 k..kite g makan2 n jalan2 k..saya fhm awk sedih and tengah emo..sabar k..

maaflah awk..saya tak sengaja nak buat awk marah..saya salah awk..maaf sbb tak sempurna utk awk..

A: banyak kali dah maafkan awk..dlu awk dtg lambat la..awk lambat balas msg la..pastu awk sengaja tak angkat phone..2 minggu lepas saya nampak awk sembang ngn lelaki lain la..ni tambah lagi satu..(padahal hal2 tu tak berkaitan langsung ngn masalah sekarang)..
kalaulah sebelum ni..ngn Zabedoh tu tak de ah dia nak buat saya mcm ni..saya layan dia teruk dari awk tapi die okay je tak buat salah mcm awk..

B: saya maafkan awk even dah banyak kali dah awk buat..saya maafkn awk sbb sy tahu awk x sempurna..saya pon tak sempurna..okey lain kali jgn buat lagi tau..walau macam mana pon awk..awk tak sama ngn yg lain..awk special..(even nk marah..tp tak bandingkn ngn org lain n tak ungkit2 benda lama)

awk..mana awk ni..janji nak pergi tengok wayang..nak spend masa sama2..(40 hari planning nk tgok wayang tut2 cancel)

A: sory awk..tibe2 td kawan ajak main futsal..out of sudden lak..tak pergi mcm tak best lak ngn member..sorry tau syg..lain kali k kite pergi..ala lagipon selalu je g tengok wayang...

B: sorry syg lambat..saya tengah cakap ngn kawan saya tadi..diorang datang ramai2 dai KL..ajak main futsal and makan2..saya pergi la jumpa diorang sekejap and now rushing nak pick up awk syg..kan dah janji ngn awk..mestilah saya tunaikan..


awk..something happened..saya tengah pokai awk..really need ur help..kalau tak..habislah saya..

A: sorry sgt2 syg..saya pon tengah pokai..kat tgn saya ade 300 je..tu pun saya nak beli kasut..dah lama saya plan nk beli..kalau tak beli sekarang..nanti tak tau bila lak akan ade duit..ce awk try pinjam ngn kawan2 dulu...leh syg?? (dia beli jeans levis bole pulak kan)

B: sorry syg..saya pon tak de duit ni..maybe tak cukup nak tolong awk..saya ade 300 je..ingat nak beli kasut..tapi tak pelah..bagi awk guna dulu la sbb awk lagi perlukn duit..kasut bile2 pon bleh beli..

awk..nape awk tengok dia??dia cantik sangat ke??saya pakai ugly sangat ke??

A: kan best kalau awk pakai camtu..pakai cantik2..style..pakai tudung camtu..kalau awk camtu..pasti awk akan cantik mcm dia..

B: tak delah..die cantik..awk cantik..tapi kalu awk pakai mcm tu..pakai sopan2..pakai tudung camtu..style mcm tu..pastu awk akan berganda2 cantik dari dia..

see?

orang yang sekadar2 sahaja mencintai kita biasanya akan cepat berubah dan biasanya hanya tahu memberikan kata2 yang manis saja..dan dia lebih mementingkan diri dia semata2 barulah dia fikirkan ttg kita..

kalau kita nak tengok seseorang tu samada betul2 mampu menjaga dan mencintai kita..kite tengok perbuatannnya pada kita...bukan pada pertuturannya..maka berhatilah kerana perempuan selalu tertipu dengan kata2..
 
aku: thanks to nurulbadliah..

semak jawapan anda

bab DUIT.

selama ni kau tak pernah terhegeh2 mintak perfume atau jeans mahal2.tiba-tiba kau nak isi minyak kereta yang dh nk kering kontang, mintak dia topupkan sikit 10 ke 20 hengget. poket ko pun mase tu tgh sesak.

A= sayang takkan nak isi minyak kete pon xd duit. duit beli ape awk ni. isi jelah bape yg sayang ade dulu. lepas tu dok canang cerita kat org yg ko ni pempuan materialistik sebab penah mintak duit lah..itulah inilah..

B= terus bg ko 50 hengget beb isikan minyak kete. sebab xpenah2 ko mintak duit dia. betul2 sesak lah ni kan..baru mulut cakap mintak tolong.hambek ko..terus ful tank..kau ngan dia pun naik kete same2 kan. extra berganda2 dia punya care kat ko...dia cakap..."sayang ada duit lagi tak ni..ade duit makan x? cukup x duit sampai balik rumah?"

bab SHOPPING

tiap kali keluar jenjalan, ko mesti g shopping mall. kau selalu ikut je bontot dia bile dia tgok baju dia..tgok seluar dia. kau tunggu depan fitting room semata2 nak tgok ape dia try tu sesuai ke atau mcm cibai.  dah dapat brg dia..turn ko pulak nak tgok2 barang ko.ko nampak baju cantik pastu ko ngade2 nak tgok dan tgok lagi..org pempuan kan..pantang nmpak ye tak. kasut..hand bag...ko teruja...

A= sayang cepat la sikit, awk kalau tgok tu lama sangat lah. lepas tu dia hilang lesap. dia keluar kedai tu disaat ko sedang membelek2 barang ko dan nak mintak pendapat dia..dia takde. smpai tempat lain dia pulak tanya kat ko..ehh...sayang tak beli ke baju tadi? padahal ko membontoti dia smpai saat dia nak bayar barang dia.

B= sayang suke yang mane? ehh..sayang..yang ni lagi cantik lah..sayang xdkan handbag colour ni. dia cube melayan keinginan ko walaupun ko sekadar suka-suka je pon. nak beli ko pkir berjuta kali.duit kawen kene simpan gak.

hari ni menangis saje...

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Saturday, October 1, 2011

perempuan punya darjat

Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

doa restu

ya Allah...
kalau tiada kelembutan dalam diriku...maka kurniakanlah ia..
andai ia ada maka tambah kan dan kekalkan lah ia...kalau tiada santun dalam diriku maka kurniakanlah...jika ianya telah ada maka biarkanlah ia terus kekal disitu...agar aku dapat jadi wanita yang sebenar2 nya wanita..
wanita yang penuh dengan sifat kewanitaan..wanita yang terus bermastautin di hati seorang lelaki..
kukuhkan hati ku untuk mencintai dia, seteguh kasih khadijah kepada Rasulullah...pejuang hebat menegakkan agama Mu..
biar aku susah...biar aku jatuh...namun, terus berkati aku dengan rezeki dan limpahan rahmatMu..agar gagah berdiri cekal aku sebagai wanita di sisi nya...

biarlah masa kini dan selamanya bersama dia, aku diberi kebahagiaan berpanjangan, aku bangkit menjadi wanita baru yang lebih mulia pekerti, lebih elok peribadi.

kerana aku terlalu cintai dirinya...dan ingin menjadi kekasih halal baginya. selalu bersabar dengan setiap karenah, selalu melengkapi untuk setiap langkah..

untuk si dia...
bakal memiliki diriku secara mutlak, aku akan berada dibawah tanggungjawabmu...bentuklah aku menjadi insan yang hebat disisimu..

selalu cinta..... My kasih sayang!=)
amin..