Monday, February 21, 2011

Tenanglah duhai hati....

"ya Allah...berikan kekuatan kepadaku untuk setiap langkah kaki ku ini. Aku terlalu kecewa, dan mulutku tak berhenti berdoa, agar tidak putus aku berhenti mengingatiMu saat aku sedang terluka"

Pagi tadi lepas solat aku duduk berteleku diatas sejadah bersama telekung yang masih bersarung dikepala. aku berdoa dan menangis. selesai aku berdoa, aku masih tidak dapat menghentikan linangan air mata yang terus terusan merembes keluar. mak masuk kedalam bilik dan melihat aku yg sedang berjujuran dgn air mata. ada kerutan didahi emak, lantas aku memeluk emak sekuat hati. aku minta ampun padanya jika ada aku menyakiti hatinya. jika aku ada melebihkan org lain dari dirinya.

aku hantar emak sepeti biasa dan dalam perjalanan mak sempat bertanya kenapa aku menangis pg tadi. aku cuma katakan, aku terlalu stress kebelakangan ini. sempat emak mengusik..hari2 jumpa Udaputra pun boleh stress? perli aku mungkin. bisik hatiku..tp bila mendengar nama itu, makin teresak2 aku dibuatnya.

aku ceritakan padanya aku ke kl dan perjalanan ke sana, berjumpa dgn famili girl yang baik dan masakan emaknya yg super dupper nyummy in my tummy now. malam nya kami pergi western food yang sgt sedap and murah!! wah..mak nampak excited, dan dia berulang kali pesan, kalau musim buah nanti suruh famili diorang datang rumah kita. yess!!! itulah emak...

dalam perjalanan menuju keofc..entah kenapa hatiku sebak dan airmata tertumpah lagi. arghhhh....kenapa begitu lemah aku hari ini. aku masih demam mungkin, jadi mental dan minda ku tidak kuat untuk menerima hakikat perasaan yang akhirnya aku tahu kebenaran. Ya Allah..begitu mudah aku dikawal oleh emosiku sendiri sedang Engkau kurniakan kepadaku AKAL untuk aku menentukan baik dan buruk. wajar atau tidak!

Permainan ini berjaya membuatkan aku terduduk kecewa. permainan ini berjaya membuatkan aku menagis tanpa henti.permainan ini berjaya membuatkan aku tidak berhenti berfikir. malangnya, permainan ini dari org yang aku paling sayang, paling cinta, paling kagumi. itu yangt betul2 membuatkan aku terduduk, terdiam...apakah selama ini?? apakah semua yang berlaku secara realiti hanya lakonan?

lady  gaga teruk menghentam aku, sedangkan aku sendiri tidak faham apa2. kenapa aku yg dipersalahkan. aku minta kejujuran tetapi sebenarnya? aku dicaci maki dalam setiap msgsnya..ya Tuhan...aku betul2 xsangka itu perwatakan sebenar lady gaga.sampai saat ini aku masih terlalu kecewa dgn apa yang berlaku.

udaputra...
entahla..aku cuma ingin berkongsi rasa perasaan ku disini. saat ini aku masih tidak mampu untuk  berkata apa2..kerana dia tahu apa yang dia lakukan. dan aku hormati itu kerana aku juga bukan sesiapa...

kepada Mu ya Rabbi...
tiada lain aku memohon, Kau ampunkan dosa2ku yang lepas..aku sudah memberi yang terbaik untuk hubunganku, dan jika ini ketentuan yang perlu aku hadapi....aku redhakan segalanya..Kau yang melihat Kau yang maha mendengar setiap rintihan..aminn..

1 comment: