Darjat seorang isteri.
 
 1. Isteri Siddiqin
 Isteri yang tidak akan meminta apa-apa  dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan  suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah.  Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang  tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun  dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah  golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak  dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah  atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
 
 2. Isteri Muqarrobin
  Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang  tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi  yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun  tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia  tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan  ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang  memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
 
 3. Isteri Solehin
  Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala  meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang  selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun  kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi  masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
 
 4. Isteri Fasik
  Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang  tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak  pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa  cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut,  marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah  tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka  dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
 
 Semoga Allah  menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia;  sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw  bersabda:
 
 "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di  dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah  mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan  syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah  menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,  saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana  Allah..
 
 
jd isteri yang terbaik untuk abang sayang..insyaallah..
ReplyDelete