Sunday, July 17, 2011

selamat tinggal kenangan

salam ahad yang boleh tahan panas jugak kat tempat aku ni

kawan aku msgs ak tadi...suruh aku bace sesuatu.hurmmmm....entahlah,sudah lama aku tidak mahu tahu apa-apa. aku mahu hidup dengan nafas baru dan kehidupan baru.

kini aku faham dan mengerti........bukan semua kita ikhlas untuk mendengar. ada agenda disebalik pendengaran. dalam saat kita memerlukan tangan untuk berpaut...memerlukan bahu untuk bersandar, memerlukan kekuatan untk terus bangkit dengan senyuman. saat itu selalunya emosi melebihi akal yang waras. aku luahkan segalanya kerana aku cukup mengaguminya. aku yakin dia bukan seperti manusia lain yg selalu ingin mengambil kesempatan dan hanya mahu memalukan manusia lain. aku yakin itu! 

aku lupa untuk melihat rentak dan sejarah silam seseorang. ade org bilang, kenapa aku perlu bersekongkol dengan manusia yang puas megutuk kau muai! mereka tidak tahu jalan cerita! jadi jangan pandai mahu tanya kenapa. sedang aku...selalu ikhlas dan naif....sebab itu aku mudah tersungkur. orang baik dengan aku sekali...sejuta kali aku baik dengan mereka.

aku yakin dengan janji itu untuk tidak memberitahu sesiapa.aku yakin dengan sumpah ketika saat itu untuk jangan membuka cerita.aku lupa yang sebenarnya melayu mudah lupa.....

kita akan ada hidup masing-masing, perjalanan tidak jauh lagi kerana masa berjalan pantas. entah esok lusa aku akan dipanggil menghadap Ilahi. justeru aku tiada dendam. sebab itu jugak aku kembali menerima dia hadir dalam hidup aku selepas kesakitan dan penderitaan yang aku terima. alhamdulillah...kalau kita ingin berubah untuk bercinta dan menghalalkan hubungan yang ada, semua akan jadi lebih mudah. rezeki juga melimpah ruah...terima kasih Allah.

aku bahagia dengan keluarga dan kehidupan aku kini......

No comments:

Post a Comment