Monday, July 18, 2011

tersentap dalam bahagia

baru semalam aku senyum...
baru semalam aku duduk bersama dia dan keluargaku...
aku lihat dia..dan kami senyum. 
berpandangan bahagia.
mak dan ayah lihat dia...mereka melirik. bahagia
adik dan embam tidak lepas seinci pun memandang...sambil berbisik, juga bahagia.

dari cahaya yg terbias dari mata semua mereka....
aku bahagia....
sepanjang pulang mulut si kepoh adik bongsu memuji2 kepandaian dia memilih konsep simple and trendy utk interior rumah
embam pulak usik aku dia siap letak lilin tu kakngah!! dia senyum je kan. abes merah2 muka.
emak mcm biase...dia suka sibujang yang rajin masak...tentunya set pinggan mangkuk lebih jd perhatian emak!!
ayah....pandai dia buat air.

balik singgah rumah cik ani di kulai.....tersambung la lagi cerita-cerita itu. emak turunkan durian 2 biji utk cik ani, buah rambutan n mata kucing.
masing-masing sume excited dgn cerita prjalanan tadi
sesekali mengusik kereta unser yg dilawat kejap...kami ketawa besar bile mak ckp skang unser masuk specialist, nk kene botox ngan vitamin c dulu baru leh kuar dgn bergaya.

cik ani seperti tenggelam dgn cerita mereka. 
dia ingin turut serta utk next visit
alasan dia saje nk jenjalan

aku??
bangga dgn dia
mampu melayan seisi famili dgn sempurna
tidak lekang senyuman
berkerut dia ptg itu bila aku tunjuk baju yg aku pakai
dia lupe janji!!!

lps maghrib aku lihat perubahan
kali ini betul..dia melakukan pembetulan
pepsi+coca cola
pandangan kami bersatu 
dalam debar di depan famili aku
seperti biasa dia tetap dgn senyuman
dan aku bahagia melihat senyuman itu

hari ini
aku sedikit tersentap perasaan
aku sedikit hampa
selepas aku mengumpul kekuatan dlm kepayahan

aku bukan sempurna dan aku sedar itu........
tidak mahu aku bicara lanjut tetapi kenapa..
aku harap cuaca elok hingga ke petang
mendung datang membawa khabar
hujan menitis lagi
laju tapi tiada sendu

hujan kali ini bersama kekuatan.............................

ya Rabbi...aku tiada daya untuk mengubah takdir selepas aku berusaha menjadi yang terbaik, selepas aku cuba untuk membetulkan silap, selepas aku redha dgn segala yang berlaku. jika tiada semangat ku untuk berdiri, jika tiada kudratku untuk bertahan, Kau pinjamkan aku kekuatan supaya aku tidak goyah dengan angin dugaan.aminnn.....


No comments:

Post a Comment